Noor Atikah Ramli


nama owner blog nie Noor Atikah Ramli . sebab tu nama dan url blog nie ialah www.nooratikahramli.com . ika pakai nama penuh ika sendiri sebab senang nak ingat . boleh panggil dengan nama Ika . nak panggil PukPuk pon boleh . kebanyakan blogger kenal ika dengan nama ikapukpuk . ika berasal dari Kota Bharu, Kelantan . ika dilahirkan pada 02 Julai 1990 di Kota Bharu . ika dibesarkan di Kota Bharu dan Kuantan . isteri kepada Encik Baharudin . ika mula berblog pada 17 Mac 2010 . dan mula bertukar dari blogspot ke domain pada 26 Februari 2013 .


Contact ::

ikapukpuk@gmail.com
 nooratikahramli@ymail.com


ika mula mendapat pendidikan awal di Pra Sekolah, Kota Bharu . kemudian dari darjah 1 sehingga darjah 6, ika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Langgar, Kota Bharu, Kelantan . dengan keputusan UPSR, ika diterima masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok, Bachok, Kelantan dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 . lepas tu ika dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan dari tingkatan 4 dan tingkatan 5 . habis SPM, ika lapor diri ke Program Latihan Khidmat Negara di Kem Tasik Meranti, Wang Kelian, Perlis . lepas tu ika dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun, Kedah . ika masuk matrikulasi kejap je . lepas tu ika sambung belajar di UiTM Kelantan, Kampus Machang dalam kos Diploma Sains Komputer .

sementara dapat kerja tetap, ika dah banyak sangat buat kerja lain . ika bermula dengan kerja sebagai Part Time Promoter di Billion Shopping Complex, Kota Bharu, Kelantan . then, ika bekerja sebagai Pengasuh di Taska Mummyku, Kota Bharu, Kelantan . lepas tu ika ikut kakak balik ke Kuantan . di Kuantan, ika keje sebagai Cashier di Guardian Kuantan Walk, Kuantan, Pahang . lepas tu ika berhenti . then, keje sebagai Pengasuh di Taska Seri Pagi, Kuantan, Pahang . lepas tu berhenti lagi . hahahaha ! then, keje sebagai Cikgu Tadika di Tadika Permata Ilhamku, Kuantan, Pahang . ika keje beberapa bulan kat sana, lepas tu ika berhenti lagi . lepas tu dapat tawaran bekerja sebagai Kerani di Intersoft Computer Sales & Services, Kuantan, Pahang . then, ika balik dok Kota Bharu pulak . kat Kota Bharu, ika dapat kerja sebagai Kerani Akaun di Pricoh Enterprise, Kota Bharu, Kelantan .

dan sekarang ika dah dapat kerja tetap sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat di Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak dan Kedah.

5 comments:

  1. Banyak pengalaman ni.. sebab dah cuba banyak kerja. :P

    Kagum Pisyek tengok. :P

    ReplyDelete
  2. ore kelate ko... loni duk mano.. kedah ko....

    ReplyDelete
  3. Assalam....nak bertanya tugas2 kerja sbgai promoter part time di billion shopping complex apa dia ekk...rasa nk keje kt sana sbb ade kerja kosong kt situ...

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com