Taman Perbandaran Tengku Anis

sementara ada kat kampung walaupun kami balik kejap je tengok keadaan mama, kakak dengan adik bawak la kami jalan-jalan amik angin. kesian jugak tengok si Janna yang dok terperap je dalam rumah. kat Ipoh pon dok terperap. balik kampung mama pon dok terperap jugak ye Janna. aduuu.

makanya pergilah kami berjalan-jalan kat Taman Perbandaran Tengku Anis. dah lama sebenarnya ika tak ke sini. masa dok Kelantan dulu ika selalu jugak la ke taman nie sebab taman nie luas. seronok berjalan. hahahaha ! tapi selalunya dok bawak anak saudara la dok main mainan diorang tu. kali nie bawak anak sendiri pulak lah.


kat sini selain daripada taman mainan untuk anak-anak korang, ade juga haiwan-haiwan. lebih kurang zoo la. tapi kat sini idak la banyak jenis pon haiwan. hehehe. Janna pon ralik je dok tengok haiwan tu semua. gemuk gedebab semua.



anak tengok makpak selfie. kahkah !


habis sudah satu taman kami pusing. semua dh penat. semua dah kelaparan. last but not least, haruslah selfie. waaaaa. seronoknya dapat jalan-jalan dengan family. dah lama tak berkumpul ramai-ramai. ini baru 3 beradik. kalau cukup 8beradik berkumpul dengan anak masing-masing, mau lagi meriah. heeee

itu sahaja kesempatan yang kami ada. esoknya, kami 3 beranak dah nak naik bas balik Ipoh semula. ape pon, seronok sangat dapat balik kampung jenguk mama walaupun sekejap. jumpa raya nanti pulak ^^

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com