Minipil 20

selepas dah makan Noriday tu, nurse tukarkan pil perancang ika dari Noriday kepada Minipil. kalau Noriday ika kena makan setiap hari tapi Minipil nie pulak ika kena makan 21 Hari sahaja lepastu stop seminggu then sambung balik 21 Hari dan seterusnya macam tu la.


fungsi pil ni sama sahaja ye. untuk family planning. so, ika start makan pil Minipil nie pada 13 Disember 2017 sampailah sekarang. mulanya nurse bagi je sepapan dulu. maknanya ika kena makan selama 21 hari la kan. lepastu ika kena datang untuk check up untuk tahu keadaan ika lepas consume pil tu.

ada sesetengah orang, tak sesuai dengan pil. diorang akan pening. so, nurse ada tanyakan ika keadaan ika sepanjang makan pil tu. Alhamdulillah ika ok sahaja sepanjang makan pil perancang yang baru nie. lepas dah check up selepas 21 hari makan pil nie, barulah nurse bagi ika 3 papan kauuuu. hahahahaha. so, selepas 3 bulan pulak la baru ika ada check up.



sepanjang ika makan pil nie, ika memang sangat ikut masa yang sama setiap hari. bila sesekali ika terlambat makan sebab ada kat luar rumah atau masa tu tengah sibuk sangat, ika akan cepat-cepat makan. takut weiii. takut termengandung. hahahaha ! satu je yang ika perasan bila dah makan pil nie, period is sangat tersusun. tak macam sebelum mengandung tu. period sangat tak teratur. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com