Kebenaran Untuk Menggunakan Gambar

bulan Julai 2017, ika ade terima emel dari seseorang yang memohon kebenaran untuk guna gambar yang ada pada blog ika. masa tu ika masih dalam pantang. masih kat kampung. line internet pon macam slow sangat masa tu. so, masa dapat emel nie, ika just setuju sahajalah selepas ika tengok gambar mana yang dia ambik. lagipon dia buat surat. ade hitam putih. so, takde la gambar itu disalahgunakan ye dak ?



terima kasih Puan Wati sebab buatkan surat, tolong itu ini. ye lah. ika masa tu tengah berpantang. terima kasih sangat ye Puan Wati. gambar kat bawah nie adalah gambar yang Puan Wati minta untuk gunakan dalam Buku Teks Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2. gambar nie ada dalam entry http://www.nooratikahramli.com/2014/01/hutan-lipur-lata-kekabu-lenggong-gerik.html. silalah baca entry tu. hahahahaha !



disebabkan sekarang pon dah masuk bulan April 2018, ika baru teringat. ika mintak tolong kawan ika yang mana seorang cikgu. kuikui. so, dia snapkan gambar muka surat 52 buku teks nie. maka, itulah gambar hak milik ika yang digunakan dalam buku teks tu. yang ika bulatkan tu. kira ok la kan sebab memang betul digunakan dalam buku teks. bermanfaat untuk budak-budak sekolah.

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. Bermanfaat perkongsian di blog..

    ReplyDelete
  2. Kena minta komisen ni...hehe.. gurau je. Elok juga tu. In Syaa Allah pahala berpanjangan...dpt bantu bdk2 skolah..

    https://byshaz.blogspot.my/2018/04/pengalaman-di-nicu-5-hari.html

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com