Janna pertama kali naik bas

bulan lepas ika terima khabar kurang gembira daripada keluarga ika di kampung. mama ika jatuh dalam bilik air. luluh jugaklah hati nie bila tengok gambar yang adik hantar. masa tu, suami ika pulak tengah berkursus di Kuala Lumpur selama seminggu. depan mak mertua, menangis la jugak. wuwuwuww. maap. hati tisu. hikss

disebabkan suami ika tengah berkursus, so memang tak boleh la kami nak balik terus masa tu. dengan Janna tengah demam. ika kalau boleh masa tu jugak nak balik. tapi apekan daya. kena lah bersabar. kena tunggu suami ika habis kursus dan balik Ipoh dulu.

lastnya kami decide untuk balik kampung kat Kota Bharu tu dengan bas sahaja. ika yang mencadangkan sebab kesian tengok suami ika. dia baru je habis kursus kat Kuala Lumpur. macam berkejar-kejaran. Ipoh-Kuala Lumpur memang la tak jauh mana tapi perlukan tenaga jugak kan.


seriously memang dah lama sangat ika tak naik bas. sejak kahwin, memang dah tak naik bas balik kampung. sebelum tu rajin sangat la naik bas nie balik kampung la, pegi kl la. dengan keadaan Janna yang masa tu tengah demam, memang ika dengan suami tawakkal sahaja la. masa hari beli tiket tu dia masih ok tapi sehari sebelum nak naik bas, dia mula demam. badan panas. batuk. memang kami risau. suami ika cakap Insya Allah takde ape.

tengokla muka Janna yang masam tu. badan tak selesa. ika just harap dia tido je sepanjang perjalanan tu. ye la. bukan dekat. jauh kot Ipoh-Kota Bharu. ika risau dia menangis je dalam bas tu sebenarnya. ye la bila naik ramai-ramai nie risau ade yang tak selesa bila ade budak menangis. bukan semua orang boleh faham keadaan kita.


Alhamdulillah, Janna ok sepanjang jalan. dia menangis pon bukan lama. kejap je. dah dapat susu, tido la dia. bila tido, tak la dia batuk sangat sebab tu ika nak dia selesa walaupon kita terpaksa berkorban tenaga. hahahahaha ! takpe. itu semua pengalaman yang kita akan kenang. pertama kali bawak Janna naik bas, Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. 

1 comment:

  1. Jm pun dah lama tak naik bas. Baru-baru ini saja naik bas. Mabuk jugak

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com