Janna nak adik ke ?

masa Janna umur 8bulan lebih, dia tersangatlah aktif. tak kira lah kat mana pon, sangat aktif. mama jenuh nak ligan. kita letak dia sini, tengoktengok dah ke sana dia. aduuuu. lastnya, biar je lah dia main. janji dia ok. Janna nie memang jenis yang suka main sorang dia. kalau kita sibuk buat kerja pon, dia main je sorang dengan mainan dia tu semua.


masa Janna 8 bulan lebih, dia dah boleh pegang kaki dia. dia dah boleh tarik stokin dia yang ika pakaikan bila nak tido malam. dia dah bangun berdiri kat sofa ataupon berpaut kat sapesape. dan masa nie jugaklah dia dok hisap ibu jari kaki dia tu. tapi sekali tu je lah ika tengok dia pulun hisap. hahahaha

bila ika post gambar nie kat fb, majoriti yang komen adalah, "nak adik dah tu". tapi ika tak amik port sangat pon sebenarnya. kang kalau amik port kang, tak senang duduk dibuatnya. hehehe. sakit bersalin haritu pon masih terngiang-ngiang lagi walaupon ika nie operate. kuikuikui. 


bila ika google, sebenarnya bayi adalah reflexologist pertama di dunia a.k.a tukang urut nama melayu dia. dan setiap kali bayi kita menghisap ibu jari kakinya, bayi itu sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. sel-sel otak sedang berhubung. hahahaha ! kalau korang nak tahu, setiap bahagian tapak kaki kita nie ada bahagian yang berfungsi terhadap organ lain jugak.

jadi, bila baby kita suka hisap ibu jari kaki, jangan mudah terpengaruh dengan ayat "nak adik dah tu". kalau ade rezeki, ade lah kan. kalau boleh elak, elakkan dlu macam ika ni. Janna tak sampai setahun lagi. jadi, ika sangat takut kalau termengandung lagi. walaupun operate, tetap sakit. serius. heeee

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com