Janna demam panas

balik dari kampung, melepet la kami anak beranak kat rumah. ika dah mula batuk. Janna pulak batuk tak hilang lagi walaupun dah makan ubat. bila malam, badan dia mula panas. 3-4 malam jugak macam tu. dengan badan panas, dengan batuk sampai muntah-muntah. akhirnya malam kelima tu, ika dah tak keruan. ika ajak suami pegi emergency sebab badan Janna makin panas. dah masuk 5 hari Janna masih tak ok walaupun dah makan ubat.



macam-macam kami dah ikhtiarkan untuk bagi Janna sihat. basahkan badan dia selalu. tu haaa, tampal kool fever nak bagi badan dia kurang panas. mandikan dengan air lemon. bagi ubat tu for sure la kan. tapi masih jugak tak mau hilang demam dia. lastnya, malam tu lebih kurang 1.30pagi dah. Janna asyik dok merengek sambil hisap susu. ika tahu dia tido pon tak lena. badan dia tak selesa. ika yang bersentuh kulit dengan dia pon dapat rasa panasnya badan dia masa tu. kejut suami utk bawak Janna ke emergency.

sampai emergency, diorang terus check suhu. memang tinggi. then, diorang mintak ika suapkan ubat syrup tu kat Janna. lepas bagi ubat tu, Janna terus muntah. banyak. kelam kabut ika dengan suami. kami tunggu turn untuk jumpa doktor. masa nie Janna dah ok sikit. dah tak menangis. then, jumpa doktor. doktor amik darah. sementara tunggu keputusan darah, ika tidokan Janna.


budak yang tak lekang dengan senyuman walaupun tengah tak sihat. lebih kurang 3 jam jugakla kami kat situ. nasib baik Janna ok ja tak buat perangai. dia dapat tido kejap. then, doktor panggil untuk keputusan darah tu. Alhamdulillah darah Janna ok. takde ape masalah. so, doktor bagi balik dan makan ubat.

kami berharap sangat Janna sihat macam biasa. sangat tak seronok tengok anak tak sihat. Janna nie dah la susah makan ubat. dia bukan tak suka makan ubat. dia tak suka orang dok push dia. hahahaha ! bila kita paksa dia makan ubat, lagi kuat dia menangis. kena buat macam nak bagi makan baru dia ok. permainan minda :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com