Janna batuk

sampai je Kota Bharu, ika mintak tolong abang ika hantar kami ke klinik sebab batuk Janna makin teruk. ika nie sejenis mak-mak yang tak boleh tengok anak tak selesa. Janna walaupun dia batuk sampai muntah-muntah, dia tetap main cuma tak seaktif masa dia sihat.

bila malam, mulalah Janna batuk sampai muntah-muntah 3-4 kali jugakla. sebab tu masa balik kampung, ika terpaksa prepare baju lebih untuk Janna in case benda macam nie jadi. memang tiap malam akan tukar baju dia 3-4 kali sebab muntah. first time dia demam dulu masa umur 8bulan. yang nie jadi masa 9bulan. beralih bulan barangkali.



korang tengokla bila Janna batuk. nie suami ika yang tangkap gambar. bila masuk jumpa doktor, doktor cakap Janna tak demam. kahak pon takde. makanya kami balik je lah. tapi doktor tetap jugak bagi ubat untuk Janna. kami just pantau suhu badan dia sebab badan dia kejap panas, kejap ok. seriously ibu mana yang tak risau tengok anak dia tak sihat kan >.<

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com