Yippie-i untuk Janna

masa Janna umur 6 bulan, ika decide untuk buka akaun bank untuk Janna. ika pada mulanya memang nak bukak akaun Tabung Haji tapi disebabkan saving kitorang tak cukup, ika dengan suami decide untuk bukak akaun Maybank untuk Janna.

kenapa Maybank ? sebab ika dan suami pon dua-dua ada akaun Maybank. senang ika nak uruskan ape-ape sebab melibatkan 1 bank sahaja untuk family kecil ika nie. makanya, ika amik half day untuk settlekan akaun bank Janna dan plan simpanan belajar untuk Janna. plan simpanan belajar nie pon ika buat dengan Maybank.

kalau korang nak bukak akaun Yippie-i nie untuk anak korang jugak, korang perlu bawak MyKid, Sijil Kelahiran anak dan jugak IC mak atau ayah. masa buka akaun nie, kena masukkan RM250.00 ke dalalam akaun. makanya, ika pon masukkan je lah semua duit Janna yang selama nie ika dok simpan dalam balang kat rumah. setiap kali ade yang memberi duit pada Janna, dalam balang la kami masukkan.

sebab tu kami amik inisiatif untuk bukak akaun bank Janna. lepas ni senang. setiap kali Janna dapat duit, ika akan transfer terus masuk dalam akaun bank dia. so, takde la kita nak terpakai duit dia ke ape kan. bila dia dah besar, boleh la dia pakai duit tu untuk urusan dia sendiri. duit dia.


 ika jugak ade bagitahu yang ika amik plan belajar untuk Janna kan ? ika bayar rm100 untuk sebulan bagi plan belajar Janna tu. mula tu taknak amik. tapi bila ika fikir, kalau nak harapkan ika saving sendiri setiap bulan untuk Janna, memang susah. gaji bukan besar mana. bila dah nampak duit dalam akaun, mulalah nak shopping online. sebab tu ika decide untuk amik plan belajar untuk Janna. sekurang-kurangnya bila dia nak masuk universiti nanti kami dah tak tercari-cari duit untuk dia belajar.

dapatlah seketul harimau dan jugak tabung Yippie-i. terima kasih staf Maybank yang sangat friendly dan membantu ika sepanjang urusan ika.heeee. terima kasih jugak untuk buah tangan Janna, si harimau comel. dia kemain seronok dapat harimau tu. habis dipunggah ke sana sini >.<

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com