Workstation Makeover | Part 3

nak share workstation makeover untuk part 3 pulak. part 1 ika makeover ika punya ring file. part 2 ika make over ika punya papan kenyataan. untuk part 3 nie ape pulak ika nak makeover ? heeee. kali nie ika makeover ika punya planner yang setiap bulan ika tampal atas meja ika kat ofis.


macam gambar kat atas nie. planner ika tahun 2017 untuk bulan Oktober. ika setiap bulan akan print dan laminate planner ika nie. then, kalau ada penambahan pada bulan tu contohnya ade meeting ke ape ke, ika just conteng dengan marker pen sahaja. tapi masalah ika bila guna marker pen ialah kadang tertanggal dakwatnya pada planner ika tu. mana taknya, lengan baju keje dok letak atas planner tu sambil menaip. hahahaha !

so, ika cari inisiatif lain untuk elakkan benda tu jadi lagi. ika decide untuk print dan tak perlu dah nak laminate bagai. print sahaja dan ika alas planner ika tu dengan plastik pembalut buku sekolah.


gigih la ika ukur dan potong plastik tu. ika cari plastik yang jenis kasar. bila ika nak tukar planner bulan seterusnya, ika just selitkan sahaja ke bawah plastik tu. memudahkan keje ika dan tak payah dah nak susah payah p laminate. hahahaha ! bila nak tulis ape-ape kat planner tu, ika just keluarkan je lah dari bawah plastik tu. pastu masukkan je semula.

next entry ika share dengan korang kat mana ika beli tape kat tepi planner ika tu pulak ye ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com