The Best Things to do in Perlis

Hai dan Assalamualaikum semua ! 

entry kali nie ika nak share dengan anda semua tentang Negeri Perlis. yes ! Perlis Indera Kayangan. ape yang istimewanya dengan negeri Perlis nie ? what to do and what is the best things to do in Perlis ?


first sekali, marilah kita tahu serba sedikit mengenai Negeri Perlis. Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara dan Kedah di sebelah selatan. tak banyak yang boleh diceritakan mengenai Negeri Perlis. kalau anda semua nak tahu lagi mengenai Negeri Perlis, boleh baca di https://www.traveloka.com/en-my/travel/malaysia/perlis.

anda semua pernah berkunjung ke Negeri Perlis ? ika sendiri pernah. ika pernah menjalani Latihan Khidmat Negara di sana. ika sempat juga berkunjung ke beberapa tempat menarik di dalam Negeri Perlis. so, ika nak share dengan anda semua the best things to do in Perlis. lets check it out.

antara things to do in Perlis ialah anda semua boleh mengatasi ketakutan anda semua terhadap ular dan reptilia lain di Snake Farm. selain itu, anda semua juga boleh meneroka gua gelap di Gua Kelam dan menikmati keindahan alam di Tasik Melati. sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Negeri Perlis nie yang anda semua boleh kunjungi. nak tahu kat mana lagi tempat menarik di Negeri Perlis ? boleh tengok di https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia.

ika share dengan korang serba sedikit mengenai beberapa tempat yang menarik di Negeri Perlis untuk anda semua kunjungi.

Tempat Menarik di Negeri Perlis

Gua Kelam
Gua Kelam, Perlis merupakan sebuah gua batu di Perlis. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit, 33km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semulajadi sepanjang 370meter di dalamnya. Jambatan gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.

Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih timah yang menghasilkan bijih timah yang bermutu tinggi. Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Gua Kelam dinamakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini.


Padang Besar
Padang Besar merupakan sebuah pekan sempadan yang terletak di Perlis. Ia bersempadan dengan Wilayah Songhkla, Thailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Padang Besar bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar, yang mana ia sering dirujuk sebagai Pekan Siam oleh masyarakat tempatan. Bandar ini menjadi destinasi popular bagi rakyat Malaysia kerana terdapat pasar terbuka yang bebas beroperasi antara dua negara.

Tasik Melati
Tasik Melati ialah sebuah tasik yang kecil dengan airnya yang cetek. Lebih 150 buah pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan di tasik ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan menarik. Di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirahat. Tasik Melati terletak di utara Kangar, Perlis. Ia ialah sebuag tasik yang kecil tetapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk memenangkan fikiran.

Muzium Kota Kayang
Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak sekitar Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaity berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Muzium Kota Kayang merupakan satu kompleks sejarah yang poluar di Perlis. Muzium ini menawarkan pelbagai maklumat mengenai sejarah Perlis. Terdapat pameran tinggalan arkeologi dan sejarah dari kapak batu Neolitik, senjata, barangan tembaga, siling, replika, dan carta keturunan DiRaja.

**********************

ok. settle part tempat menarik yang anda semua boleh kunjungi di Negeri Perlis. so, sekarang ika nak share pulak beberapa tempat makan yang menarik di Negeri Perlis. serius ika ada banyak lagi things to do in Perlis nie untuk dikongsikan dengan anda semua.

**********************

Apa Nak Makan di Negeri Perlis ?

Medan Ikan Bakar.
Medan Ikan Bakar, Perlis merupakan sebuah gerai kecil yang menawarkan ikan bakar 'the most glorified' di bandar. ikan ini diasinkan dan dibakar di atas arang dan dipenugi dengan limau-limau dan direndam dalam sos cili khas mereka.

Jeruk Maman
Sejenis acar sayur yang ditapai dengan garam dan air selama tiga hari di mana ia menjadi 'mature' dan berwarna oren. Ia biasanya disajikan dengan bawang dan bawang cili.

Pekasam
Pekasam biasanya dibuat dari ikan seperti Puyu, Jawa Carp, Perch, dan Tilapia dan juga udang. Ia dibuat dengan memerap  makanan laut dengan garam, serbuk beras goreng, asam jawa dan gula aren dan biasanya dimakan rakan dengan nasi.

Laksa Kuala Perlis
Hidangan yang sedap ini mesti ada di Perlis. Laksa yang diperbuat daripada tepung beras kemudiannya diisi dengan kuah yang dibuat dari ikan rebus dan rempah-rempah lain.

**********************

settle part makanan best yang anda semua boleh cuba di Negeri Perlis. antara makanan yang ika paling suka ialah pekasam dan laksa. serius. sangat sedap. anda semua patut cuba. dah sampai Negeri Perlis, anda semua boleh bermalam di beberapa hotel mahupun resort yang menarik di Negeri Perlis. 

**********************

Hotels/Resorts in Perlis


Hotel Seri Malaysia, Kangar
Terletak di Kangar, ibu negeri Perlis yang merupakan negeri di kedudukan paling utara Semenanjung Malaysia dan hanya 10 minit tempoh pemanduan dari bandar DiRaja Arau. Hotel Seri Malaysia adalah pilihan yang terbaik untuk anda semua yang ingin 'sights and sounds' di Kangar. Hotel ini terletak betul-betul di pusat bandar membuatkan pelancong dapat menikmati tarikan dan aktiviti di bandar Kangar. Hotel Seri Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penginapan anda. Pelbagi perkhidmatan lain turut boleh didapati di sini.


Putra Regency Hotel
Putra Regency Hotel terletak di tengah-tengah pusat membeli-belah dan pentadbiran yang sibuk di bandar ini. Hotel ini adalah 1.8 km dari Stadium Utama dan dalam lingkungan 10 km Muzium Kota Kayang dan Taman Anggur Perlis. Masjid Al Hussain dan Perlis Grapes Garden juga dalam jarak 20 km. Hotel Putra Regency mengubah semula pengalaman perhotelan mewah. "Warisan Utara". Jika anda lebih suka tempat yang mewah, maka pasti Putra Regency Hotel mungkin sesuai dengan anda. Terletak secara strategik di daerah komersial Kangar, Perlis

**********************

selesai sudah part penginapan untuk ika kongsikan dengan anda semua. sebenarnya banyak lagi hotel dan resort menarik di Negeri Perlis tapi kali nie ika kongsikan dua sahaja. disebabkan ika ada banyak things to do in Perlis yang telah dikongsikan dengan anda semua, jadi ika nak bagitahu anda semua cara untuk anda semua boleh kunjungi Negeri Perlis. ada 3 cara untuk korang sampai ke Negeri Perlis iaitu melalui kapal terbang, keretapi dan bas. kalau anda nak drive sendiri pon boleh. ika paling teringin nak cuba baik keretapi dari Kuala Lumpur terus ke Padang Besar.

banyak kan the best things to do in Perlis yang ika dah kongsikan dengan anda semua. ika sendiri pon terasa mahu kunjungi Perlis bersama keluarga bila ada masa terluang nanti. 

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com