Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling

lepas Janna baik dari demam, ika ada keje outstation. kena p Baling, Kedah. disebabkan masa tu Janna pon baru baik dari demam, ika decide untuk bawak Janna dengan mak mertua ika sekali ke Baling, Kedah. lagipon Janna masih minum susu cap gantung. wakakaka. kenalah ngekor ye dak Janna.

ika gerak dari Ipoh dah petang. perjalanan dari Ipoh ke Baling tu lebih kurang 4 jam la jugak. Alhamdulillah, Janna dalam kereta takla dia menangis ke ape. cuma dia tido. bangun tido, ika bagi je lah mainan bagi dia hiburkan hati sementara nak sampai tu. hehehe.

sebelum gerak

bila dah sampai

sebelum gerak p Baling, punyalah comel dengan rambut tocang dua tu. gigih maktok ikat dua ketul tocang tu. mana taknya. Janna bukannya boleh dok diam. hahahahaha ! sampai je kat Baling, rambut dah macam ape. oh ye ! kami bermalam di Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling. nie adalah pertama kali ika ke sini sebenarnya. ika amik bilik yang mengadap kolam dan bilik nie sangat dekat dengan pintu masuk. tak perlu jalan jauh. kikikiki

masa kitorang sampai tu dalam pukul 6lebih, sempatlah mak mertua ika dengan Janna melepak kat beranda bilik tu. tengok kolam depan tu. terus mak mertua ika cakap nak mandi kolam air panas tu malam kang. ika ikut je lah. bila lagi kan nak sampai sini. heeee



lepas maghrib, kitorang keluar makan dlu. isi perut kenyang-kenyang sebab kejap lagi nak mandi kolam air panas. balik dari makan, ika tukar baju dan Janna sekali. lepastu abru kitorang turun mandi kolam. ika dengan Janna pegi kolam yang paling depan sebab kolam tu air dia tak la panas mana. suam macam tu. bila ika letak Janna dekat air tu, dia ok je. maknanye dia boleh terima la kan.

bila dia dah boleh terima barulah ika masuk berendam sekali dengan Janna. cumanya ika tak berani nak lama sebab ika risau kot terlepas pegang Janna. fahamlah Janna nie punyalah lasak. kolam tu pulak agak licin. kena hati-hati. memang taknak beli pelampung sebab pakainya sekali tu sajelah. lagipon kami berendam kat situ sekejap je. 



sementara ika kat kolam sebelah dengan Janna, mak mertua ika pulak dah jumpa geng bergosip dia. hahahaha. takpe lah mak. mandi lah mak nak mandi lama mana. ika tunggu. mak mertua ika seronok dapat mandi air panas tu. dia cakap rasa segar badan. mak mertua ika dah plan nak pegi lagi. weeeee

1 comment:

  1. last akak mandi kolam air panas masa sekolah. rindu plak... cutenya janna..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com