Janna si peminat bola

cerita si Janna lagi. biasalah bila dah ade anak ni, semua nak dicerita. semua nak disimpan buat kenangan. sementara nak besar nie, macam-macam gelagat kita boleh tengok. kalau boleh, setiap saat pon nak rakam je gelagat si anak.


cerita si anak dara ika nie. Janna. suka sangat lah dia dengan sukan. terutama sekali bola sepak. masa ika mengandungkan Janna, ika peminat setia sepak takraw. bila keluar Janna, dia pon minat sepak takraw. badminton pon dia layan. tapi paling dia layan semestinya bola sepak. kalau budak lain, kena pasang kartun nak bagi diorang senyap. tapi Janna nie, pasang je lah bola sepak, diam lah dia kat depan tv tu sambil layan bola. siap gelak-gelak tu. hahahahaha !

takpe lah anak. mama tak marah Janna minat bola sepak. mama tak marah Janna minat sukan macam papa. mama ok. janji anak mama membesar dengan sihat. kalau dengan tengok bola tu boleh buat Janna gelak mengekek-ngekek, mama pon senang hati :)

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com