Janna ke ofis Mama lagi !

first time Janna datang ofis ika masa dia umo 5 bulan. korang boleh baca kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2018/02/janna-ke-ofis-mama.htmlso, sekarang dia buat comeback. datang sekali lagi ke ofis ika. hahahaha ! kalau masa 5 bulan tu dia dapat bertahan sampai tengahari je, kali nie dia bertahan sampai petang. ika terpaksa bawak Janna ke ofis memandangkan mak mertua ika balik kampung seminggu. 

ika bawak Janna kali nie masa umur dia 7 bulan. bila 7 bulan nie memang ika kena standby barang makanan dia la sekali. budak ini sangat kuat makan. makanya, ika bawak dia punya cerelac dan jugak beberapa ketul biskut untuk dia mengunyah.


bila sampai ofis, perkara pertama yang ika buat adalah bagi Janna tido dulu sebab masa dalam perjalanan ke ofis pon memang dia mengantuk. so, baiklah bagi dia recharge tenaga dia dulu. heeee. Janna tido dalam 2 jam macam tu, then dia bangun. ika bagi dia makan dulu. lepastu baru bagi dia main. stok mainan haruslah kena bawak jugak ye. kalau tak, habislah segala barang ika kat ofis tu:P

2 jam dia main dengan mainan dan jugak ofismate ika pon rajin bebenor melayan dia. hahahaha ! lepastu ika bagi dia mandi. masa tu dah tengahari. bagi dia mandi, then tidorkan dia untuk kali kedua. bila dia tido barulah ika boleh buat keje dengan senang hati.


belah petang dia tido agak lama. lebih la 2 jam. ika pon pulun la buat keje ika. hahahaha ! itu muka budak baru bangun tido. menggeliat sakan dulu. heeee


Alhamdulillah Janna sangat behave kat ofis haritu. dia tak takut kat orang. tak memilih. sape sua tangan, dia mau je kat orang tu. hahahaha. kalau tak, sebelum nie orang amik je, meraung macam sakit sangat.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com