Janna demam !

first time Janna demam panas. pagi khamis masa ika nak pegi keje, Janna kebiasaannya memang akan bangun bila ika dan suami tengah siap-siap nak pegi ke tempat keje. bila ika dah nak gerak, mak mertua ika cakap badan Janna panas. tapi Janna masa tu masih aktif. tak merengek.

so, ika pegi jugak keje pagi tu tapi ika dah pesan siap-siap kat mak mertua kalau badan Janna panas jugak lagi, call ika. dalam tengahari, mak mertua ika call bagitahu badan Janna panas jugak dan dia dah mula merengek. dia takmau duduk bawah. nak berdukung. nak dipeluk. tido pon tak lama.


ika decide untuk amik Grab dan balik ke rumah. sampai je rumah, Janna nampak ika terus lah dia menangis. macam nak bagitahu yang dia tak selesa. ika terus check suhu badan dia. masa ika check tengahari tu dah 37.5c. memang dah tinggi. ika bagitahu suami. mintak dia balik dan nak bawak Janna ke klinik.

sementara tunggu suami ika sampai, ika cuba la bagi Janna tido. susukan dia. susu ibu adalah ubat yang terbaik tatkala anak tengah demam. peluk dia. bagi dia rasa selesa. memang dia merengek je. tak boleh tinggal. memang menangis. Janna, kalau dia berhingus atau batuk tapi tak demam, dia takkan merengek. dia akan tetap aktif macam biasa. tapi kali nie dia demam panas. first time ika nak hadapi benda macam nie. serius memang panik.

tengok Janna menangis, ika pon rasa nak menangis sama. kalau kita demam pon, kita rasa tak selesa. samalah dengan budak-budak. diorang pon rasa tak selesa. sebab tu asyik merengek sahaja. disebabkan kami pegi klinik dalam pukul 2lebih macam tu, banyak yang doktor belum sampai. kami sampai cari klinik merata. klinik ketiga barulah dapat jumpa doktor. suhu masa tu dah 38.5c. makin tingggi. doktor decide untuk masukkan ubat ikut bontot. mama kuatkan semangat lah tengok anak menangis. tapi sekejap je Janna menangis masa masukkan ubat. lepastu dia dah tenang.



kebetulan masa Janna demam panas tu time cuti tahun baru cina. kitorang lepas pegi klinik, terus gerak balik kampung sebab ade kenduri esoknya. sampai rumah tokwan kami, Janna punyalah menangis memang takmau kat sape pon kecuali mama dan papa dia. lastnya terpaksa la mintak suami ika hantar kami balik rumah mak mertua ika. bagi dia tido dulu sebab dia tengah demam kan.

dalam masa Janna demam, banyak kali jugaklah dia muntah. cadar dah bape kali tukar. ika sendiri pon dah bape kali bermandikan muntah Janna tapi ika anggap je tu semua pengalaman seorang ibu untuk membesarkan anak dia. anak tengah nak membesar. banyak lagi yang ika perlu hadapi.

hampir 5 hari jugaklah Janna demam on off. doktor pesan suruh pantau suhu badan dia. kalau lebih 38c, terus masukkan ubat ikut bontot. kalau bawah, just bagi ubat air sahaja. dan ika kenal sangat Janna. bila bagi ubat, dia akan muntahkan balik. tapi kali nie kami tawakal. nak taknak kena jugak bagi ubat untuk bagi dia sihat. Alhamdulillah dia tak muntahkan cuma menangis tu sampai mama pon rasa kesian tengok. tapi demi kesihatan, kami terpaksa wahai anak.

dalam masa 5 hari tu, makan takmau. dok bergantung pada susu ika semata-mata. ika bagi dia biskut. dia pegang. tapi makan sikit sahaja. lebihnya dia biarkan je. masuk hari ke 5 tu, ika tengok dia dah makin sihat, ika suapkan jugak makanan dia. Alhamdulillah dia dah berselera makan. ika just harap Janna akan sentiasa kuat dan membesar dengan sihat ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com