jalan-jalan AEON Klebang

entry lepas ika share dengan korang pasal Grab. kali nie ika nak share dengan korang first time ika bawak Janna keluar tanpa suami. kebetulan masa tu, mak mertua ika mintak cuti seminggu untuk balik kampung memandangkan adik ipar ika balik bercuti dari Sabah. so, mak nak stay kat kampung seminggu dengan adik ipar. ika terpaksa la amik cuti jaga Janna.

dalam masa dok bercuti seminggu tu, officemate ika eksiden. kebetulan jugak adik ipar ika berkawan dengan adik officemate ika tu. so, adik ipar ika dengan mak mertua ika datang ke Ipoh dari kampung la untuk melawat officemate ika tu. ika dengan Janna jumpa mak mertua ika dengan adik ipar tu kat hospital untuk sama-sama melawat officemate ika tu. balik dari melawat officemate ika tu, kitorang book Grab untuk ke AEON Klebang. semua dah pakat lapar.


Janna nie dah mula mengantuk sebenarnya. dari hospital nak ke AEON Klebang tu, Janna sempat la tido kejap dalam kereta tu. dah sampai AEON Klebang, segar la balik mata dia tu. kami pusing-pusing la kejap dalam AEON tu sementara nak pegi makan. heee


semua dah kekenyangan. Alhamdulillah. muka pon masing-masing dah ceria. maka, kami pon sambung jalan-jalan cuci mata dalam AEON. saja lah bawak mak mertua dengan adik ipar ika jalan-jalan dalam tu sebab diorang tak pernah sampai kat AEON Klebang tu. so, alang-alang dah sampai tu, pusing je lah dulu. 

yang ika pulak, gigihla dukung Janna. nasib la ada sarung kanggaru Janna tu. buh je dia dalam tu. dok diam-diam. hahahaha ! tapi lama-lama lenguh jugak. mana taknya, masa tu dah 7kg kot. perghh ! tabah je lah mama masa tu.


bawak Janna keluar jalan-jalan nie rasanya kena bawak papa dia sekali. papa dia takpe la kudrat lagi kuat dari mama. mama nie rasa nak mereput dah tulang. ika tak berminat untuk beli stroller. bagi ika leceh. sebab tu ika prefer beg sarung nie untuk bawak Janna dari dia baby lagi ika letak dia dalam tu. lama-lama dia pon dah biasa. heeee

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com