Grab for the first time !

ika nak share dengan korang pengalaman pertama ika gunakan perkhidmatan Grab. ika gunakan perkhidmatan Grab nie dekat Ipoh. first time ika guna adalah masa ika nak balik dari pejabat ika ke rumah. masa tu ika bawak Janna. suami ika tak dapat nak amik ika kat pejabat.

officemate ika pernah guna Grab nie. so, ika pon tanya lah dia macam mana semua tu. gigihla ika download apps Grab dan daftar semua tu. lepastu dah buat semua tu, terus book kereta untuk balik rumah.



first time ika book kereta, tunggu punya tunggu pemandu Grab tu, tak nampak bayang pon. dalam apps tulis dia dah sampai dalam 2 minit. ika tak nampak pon kereta dia kat mana. tibe-tibe ika tengok dia cancelled. perghhh ! cuak ika. hahahahaha

terpaksa la ika book yang lain. dah la masa tu dok pegang si Janna. dengan cuaca panas. sabar je lah ika. bila dh book yang lain tu, terus dapat call dari pemandu Grab tu. senang hati sikit ika rasa. Alhamdulillah dapat pemandu Grab yang sangat friendly. dari awal sampai dah depan rumah ika pon masih dok bersembang macam dah lama kenal. hahahahaha!


Janna tunggu Grab nak p AEON. kahkahkah !

ika baru je pakai Grab beberapa kali. setakat nie Alhamdulillah semua pemandu Grab yang ika dapat semuanya friendly. takla rasa krik krik dalam kereta. mana taknya kan. bukan kita kenal dia pon. ika ade lesen tapi penakut nak bawak kereta. bila dah tahu pakai Grab nie, panjang kaki la ika lepas nie. hehehehe

2 comments:

  1. Hehehe..paling mudah guna grab je skrg..

    http://www.byshaz.blogspot.my

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com