Noriday

selepas melahirkan Janna bulan Jun tahun 2017, ika memang decide untuk amik perancang. perancang kan punyalah banyak pilihan. pilih sajelah yang mana berkenan kat mata. hahahaha ! mulanya ika nak amik yang suntikan tu. but then, suami ika tak bagi sebab dia ada baca yang nanti jadi gemukla, tulang reput la, itu la, ini la. hahahah. ika pon pasrah je lah.

makanya, suami ika suruh amik pil walaupun dia tahu isteri dia sangat susah makan ubat. tapi serius ika cakap, lepas ika melahirkan Janna, ika sangat senang makan ubat. kahkah !


What NORIDAY is used for

NORIDAY is a birth control pill commonly known as a "progestogen-only" pill or "mini pill". NORIDAY is usually given to women who are unable to take other types of birth control pills (oral contraceptives) or use intrauterine devices (IUDs).
NORIDAY causes changes to the mucus of the cervix and the lining of the womb and affects the hormonal control system of the body, which may all contribute to the birth control (contraceptive) action.
The effectiveness of the "progestogen-only" pill is lower than that of other birth control pills.
If taken according to directions it is expected that if 100 women used the progestogen-only pill for 1 year approximately 4 pregnancies may occur compared to less than 1 pregnancy in women using an oral contraceptive containing an oestrogen and progestogen.
NORIDAY (like all oral contraceptives) is intended to prevent pregnancy. It does not protect against HIV infection (AIDS) and other sexually transmitted diseases.
NORIDAY 28 day is only available on a prescription from your doctor.
This medicine is prescribed for you and should not be given to others.

disebabkan ika ada masalah tekanan darah tinggi lepas bersalin, ika amik pil family planning nie agak lambat. ika start amik Noriday pada 21 Oktober 2017 selepas 4 bulan ika melahirkan Janna. disebabkan ika amik dah lambat, so sebelum amik, ika nak kena buat urine test untuk pastikan ika tak hamil semasa nak makan pil tu nanti. cuak jugakla kot termengandung. anak baru 4 bulan dah mengandung. Allah. takutnya.

Alhamdulillah. ika dah berjaya melalui fasa tu. ika makan pil Noriday sampailah 12 Disember 2017. sekejap je kan ? hahahaha. sepanjang ika makan pil Noriday nie ika takde ape masalah pon. macam biasa je. so, start 13 Disember 2017 ika start makan pil lain pulak. next entry ika tukar.
Read More

The Best Things to do in Perlis

Hai dan Assalamualaikum semua ! 

entry kali nie ika nak share dengan anda semua tentang Negeri Perlis. yes ! Perlis Indera Kayangan. ape yang istimewanya dengan negeri Perlis nie ? what to do and what is the best things to do in Perlis ?


first sekali, marilah kita tahu serba sedikit mengenai Negeri Perlis. Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara dan Kedah di sebelah selatan. tak banyak yang boleh diceritakan mengenai Negeri Perlis. kalau anda semua nak tahu lagi mengenai Negeri Perlis, boleh baca di https://www.traveloka.com/en-my/travel/malaysia/perlis.

anda semua pernah berkunjung ke Negeri Perlis ? ika sendiri pernah. ika pernah menjalani Latihan Khidmat Negara di sana. ika sempat juga berkunjung ke beberapa tempat menarik di dalam Negeri Perlis. so, ika nak share dengan anda semua the best things to do in Perlis. lets check it out.

antara things to do in Perlis ialah anda semua boleh mengatasi ketakutan anda semua terhadap ular dan reptilia lain di Snake Farm. selain itu, anda semua juga boleh meneroka gua gelap di Gua Kelam dan menikmati keindahan alam di Tasik Melati. sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Negeri Perlis nie yang anda semua boleh kunjungi. nak tahu kat mana lagi tempat menarik di Negeri Perlis ? boleh tengok di https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia.

ika share dengan korang serba sedikit mengenai beberapa tempat yang menarik di Negeri Perlis untuk anda semua kunjungi.

Tempat Menarik di Negeri Perlis

Gua Kelam
Gua Kelam, Perlis merupakan sebuah gua batu di Perlis. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit, 33km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semulajadi sepanjang 370meter di dalamnya. Jambatan gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.

Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih timah yang menghasilkan bijih timah yang bermutu tinggi. Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Gua Kelam dinamakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini.


Padang Besar
Padang Besar merupakan sebuah pekan sempadan yang terletak di Perlis. Ia bersempadan dengan Wilayah Songhkla, Thailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Padang Besar bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar, yang mana ia sering dirujuk sebagai Pekan Siam oleh masyarakat tempatan. Bandar ini menjadi destinasi popular bagi rakyat Malaysia kerana terdapat pasar terbuka yang bebas beroperasi antara dua negara.

Tasik Melati
Tasik Melati ialah sebuah tasik yang kecil dengan airnya yang cetek. Lebih 150 buah pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan di tasik ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan menarik. Di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirahat. Tasik Melati terletak di utara Kangar, Perlis. Ia ialah sebuag tasik yang kecil tetapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk memenangkan fikiran.

Muzium Kota Kayang
Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak sekitar Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaity berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Muzium Kota Kayang merupakan satu kompleks sejarah yang poluar di Perlis. Muzium ini menawarkan pelbagai maklumat mengenai sejarah Perlis. Terdapat pameran tinggalan arkeologi dan sejarah dari kapak batu Neolitik, senjata, barangan tembaga, siling, replika, dan carta keturunan DiRaja.

**********************

ok. settle part tempat menarik yang anda semua boleh kunjungi di Negeri Perlis. so, sekarang ika nak share pulak beberapa tempat makan yang menarik di Negeri Perlis. serius ika ada banyak lagi things to do in Perlis nie untuk dikongsikan dengan anda semua.

**********************

Apa Nak Makan di Negeri Perlis ?

Medan Ikan Bakar.
Medan Ikan Bakar, Perlis merupakan sebuah gerai kecil yang menawarkan ikan bakar 'the most glorified' di bandar. ikan ini diasinkan dan dibakar di atas arang dan dipenugi dengan limau-limau dan direndam dalam sos cili khas mereka.

Jeruk Maman
Sejenis acar sayur yang ditapai dengan garam dan air selama tiga hari di mana ia menjadi 'mature' dan berwarna oren. Ia biasanya disajikan dengan bawang dan bawang cili.

Pekasam
Pekasam biasanya dibuat dari ikan seperti Puyu, Jawa Carp, Perch, dan Tilapia dan juga udang. Ia dibuat dengan memerap  makanan laut dengan garam, serbuk beras goreng, asam jawa dan gula aren dan biasanya dimakan rakan dengan nasi.

Laksa Kuala Perlis
Hidangan yang sedap ini mesti ada di Perlis. Laksa yang diperbuat daripada tepung beras kemudiannya diisi dengan kuah yang dibuat dari ikan rebus dan rempah-rempah lain.

**********************

settle part makanan best yang anda semua boleh cuba di Negeri Perlis. antara makanan yang ika paling suka ialah pekasam dan laksa. serius. sangat sedap. anda semua patut cuba. dah sampai Negeri Perlis, anda semua boleh bermalam di beberapa hotel mahupun resort yang menarik di Negeri Perlis. 

**********************

Hotels/Resorts in Perlis


Hotel Seri Malaysia, Kangar
Terletak di Kangar, ibu negeri Perlis yang merupakan negeri di kedudukan paling utara Semenanjung Malaysia dan hanya 10 minit tempoh pemanduan dari bandar DiRaja Arau. Hotel Seri Malaysia adalah pilihan yang terbaik untuk anda semua yang ingin 'sights and sounds' di Kangar. Hotel ini terletak betul-betul di pusat bandar membuatkan pelancong dapat menikmati tarikan dan aktiviti di bandar Kangar. Hotel Seri Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penginapan anda. Pelbagi perkhidmatan lain turut boleh didapati di sini.


Putra Regency Hotel
Putra Regency Hotel terletak di tengah-tengah pusat membeli-belah dan pentadbiran yang sibuk di bandar ini. Hotel ini adalah 1.8 km dari Stadium Utama dan dalam lingkungan 10 km Muzium Kota Kayang dan Taman Anggur Perlis. Masjid Al Hussain dan Perlis Grapes Garden juga dalam jarak 20 km. Hotel Putra Regency mengubah semula pengalaman perhotelan mewah. "Warisan Utara". Jika anda lebih suka tempat yang mewah, maka pasti Putra Regency Hotel mungkin sesuai dengan anda. Terletak secara strategik di daerah komersial Kangar, Perlis

**********************

selesai sudah part penginapan untuk ika kongsikan dengan anda semua. sebenarnya banyak lagi hotel dan resort menarik di Negeri Perlis tapi kali nie ika kongsikan dua sahaja. disebabkan ika ada banyak things to do in Perlis yang telah dikongsikan dengan anda semua, jadi ika nak bagitahu anda semua cara untuk anda semua boleh kunjungi Negeri Perlis. ada 3 cara untuk korang sampai ke Negeri Perlis iaitu melalui kapal terbang, keretapi dan bas. kalau anda nak drive sendiri pon boleh. ika paling teringin nak cuba baik keretapi dari Kuala Lumpur terus ke Padang Besar.

banyak kan the best things to do in Perlis yang ika dah kongsikan dengan anda semua. ika sendiri pon terasa mahu kunjungi Perlis bersama keluarga bila ada masa terluang nanti. 
Read More

Munchkin Fresh Food Feeder | Shopee

masa Janna nak masuk 6 bulan, ika ade belikan Janna food feeder untuk Janna. food feeder nie untuk letak buah. untuk memudahkan Janna pegang dan makan buah. ika beli nie sebab nak biasakan Janna pegang sendiri makanan dia. tapi disebabkan Janna baru nak belajar makan, so better pakai food feeder nie je lah.


ika beli food feeder nie dekat Shopee dengan harga RM15.00. masa ika share dengan korang nie, food feeder nie dah sold out. kuikuikui. so, tak boleh la ika nak share link dengan korang. ika beli food feeder nie dengan Baby King. nak tengok kedai Baby King nie, boleh klik sini https://shopee.com.my/shop/12315785/.


tengoklah Janna pegang food feeder Munchkin yang comel tu. ika suka food feeder nie sebab dia jenis yang lembut. ika biasanya potong epal, masuk dalam tu. so, Janna akan hisap food feeder tu. dia pon dah pandai pegang. lagi seronok ika tengok dia pegang. dan macam biasa lah. mestilah ika belikan Janna barang yang warna hijau. food feeder pon mestilah hijau jugak. hehehehe
Read More

Bayar Saman melalui MyEG

ika nak share cara-cara nak bayar saman melalui MyEG. boleh klik sini untuk ke laman web MyEG, https://www.myeg.com.my/. baru-baru nie ika tolong pak saudara ika bayarkan saman dia memandangkan dia tengah dok ada dalam hutan. makanya, ika tolong la bayarkan saman dia. mula tu ingatkan beratus jugakla. tapi lastnya korang tengok la kat bawah nanti :P

yang ika bayarkan saman pak saudara ika haritu adalah saman DBKL. kalau korang nak bayar saman lain, pon sama sahaja step nya. kat bawah nie ika tunjuk step untuk bayar saman DBKL ok :)






lepas skrin kat atas nie, korang tekan dekat button Submit/Hantar. then, korang akan ke page untuk proses bayaran. page tu akan ada pilihan bank-bank yang korang nak pakai. lepas dah pilih bank, korang akan proceed je lah dengan bayaran saman tu. then, nanti bila dah habis, korang akan dapat resit macam kat bawah nie.


see berapa ika bayar saman untuk pak saudara ika tu. bila ika fikir balik, senang je sebenarnya nak bayar saman nie. ika pon baru je tahu sebenarnya. heee. semoga bermanfaat untuk korang semua :)
Read More

Janna Pegang Botol Susu

masa Janna umur 7 bulan lebih, dia dah mula pegang sendiri botol susu dia. serius memang ika tak tahu sebab bila dengan ika, Janna masih breastfeed. bila dengan mak mertua ika, barulah dia pakai botol susu. makanya, mak mertua ika la yang bagitahu Janna dah pandai pegang sendiri botol susu dia. alahai, rasa macam dah besar Janna nie.

pegang botol susu sambil kaki tu dok letak atas riba papa. hisap susu pon kena ada gaya. hahahaha ! seronok tengok hari-hari anak membesar depan mata.




sekejap je masa berlalu. sekarang Janna pon dah 9 bulan lebih. makin banyak akai. mama harap sangat Janna membesar dengan sihat dan kuat. tengok Janna demam yang lepas dah buat mama tak tentu arah apatah lagi kalau tengok Janna sakit teruk. mama harap sangat Janna dijauhkan dari segala kesakitan.
Read More

Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling

lepas Janna baik dari demam, ika ada keje outstation. kena p Baling, Kedah. disebabkan masa tu Janna pon baru baik dari demam, ika decide untuk bawak Janna dengan mak mertua ika sekali ke Baling, Kedah. lagipon Janna masih minum susu cap gantung. wakakaka. kenalah ngekor ye dak Janna.

ika gerak dari Ipoh dah petang. perjalanan dari Ipoh ke Baling tu lebih kurang 4 jam la jugak. Alhamdulillah, Janna dalam kereta takla dia menangis ke ape. cuma dia tido. bangun tido, ika bagi je lah mainan bagi dia hiburkan hati sementara nak sampai tu. hehehe.

sebelum gerak

bila dah sampai

sebelum gerak p Baling, punyalah comel dengan rambut tocang dua tu. gigih maktok ikat dua ketul tocang tu. mana taknya. Janna bukannya boleh dok diam. hahahahaha ! sampai je kat Baling, rambut dah macam ape. oh ye ! kami bermalam di Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling. nie adalah pertama kali ika ke sini sebenarnya. ika amik bilik yang mengadap kolam dan bilik nie sangat dekat dengan pintu masuk. tak perlu jalan jauh. kikikiki

masa kitorang sampai tu dalam pukul 6lebih, sempatlah mak mertua ika dengan Janna melepak kat beranda bilik tu. tengok kolam depan tu. terus mak mertua ika cakap nak mandi kolam air panas tu malam kang. ika ikut je lah. bila lagi kan nak sampai sini. heeee



lepas maghrib, kitorang keluar makan dlu. isi perut kenyang-kenyang sebab kejap lagi nak mandi kolam air panas. balik dari makan, ika tukar baju dan Janna sekali. lepastu abru kitorang turun mandi kolam. ika dengan Janna pegi kolam yang paling depan sebab kolam tu air dia tak la panas mana. suam macam tu. bila ika letak Janna dekat air tu, dia ok je. maknanye dia boleh terima la kan.

bila dia dah boleh terima barulah ika masuk berendam sekali dengan Janna. cumanya ika tak berani nak lama sebab ika risau kot terlepas pegang Janna. fahamlah Janna nie punyalah lasak. kolam tu pulak agak licin. kena hati-hati. memang taknak beli pelampung sebab pakainya sekali tu sajelah. lagipon kami berendam kat situ sekejap je. 



sementara ika kat kolam sebelah dengan Janna, mak mertua ika pulak dah jumpa geng bergosip dia. hahahaha. takpe lah mak. mandi lah mak nak mandi lama mana. ika tunggu. mak mertua ika seronok dapat mandi air panas tu. dia cakap rasa segar badan. mak mertua ika dah plan nak pegi lagi. weeeee
Read More

Baby Cartoon Themed BPA Free Baby Bib with Food Residue Tray | Shopee

online shopping lagi. kali nie beli barang untuk Janna. masa dia nak masuk umur 6 bulan, ika belikan Janna bib. macam-macam jenis bib ika survey sebenarnya. tapi ika sangat berkenan dengan bib jenis nie sebab dia ada tempat tadah tu sekali. heeee. ika beli Baby Cartoon Themed BPA Free Baby Bib Dining with Food Residue Tray nie dekat Shopee.


Product Description
Product and Specification: BUNDLE: BaBy Cartoon Themed BPA Free Baby Bib Dining Bib with Food Residue Tray *Available 10 design

Made from BPA free material Waterproof and easy to clean (just simple wipe) Come with a detachable tray to catch the food residue and mess Adjustable neck neckband to suit baby growth Suitable for 6 months plus baby Soft and can be roll to carry to everywhere Dimension: 37 x 26cm Weight: 70gm

ika beli nie dengan harga RM8.90 . ika beli yang warna hijau. mestilah hijau. warna tema untuk Janna kan hijau. hahahaha ! ika beli dengan kedai Daniseloo. korang boleh tengok link kedai tu kat sini, https://shopee.com.my/daniseloo. kalau nak tengok link bib nie pulak, boleh klik sini, https://shopee.com.my/product/34244996/567579620/.


tengoklah my anak dara pakai bib. serious dia suka sangat dengan bib nie. mungkin sebab warna dia yang menarik tu. bila pakai nie, ika tak risau dah baju dia kotor ke ape sebab kalau minum air, kan dah ade tempat tadah tu. so, lepas dah siap makan, ika bukak je bib tu dan bilas. bib tu tak amik masa lama pon untuk kering. lap macam tu pon boleh. sangat recommended :)
Read More

Blender Capsule Cutter Quatre | Shopee

masa Janna nak masuk umur 6 bulan, ika ade lah buat persiapan untuk buat makanan Janna macam puri tu. so, ika pon belilah blender khas untuk makanan Janna sahaja. memang ika takmau campur dengan blender yang sedia ada kat dapur tu. ika survey 2-3 bijik blender jugak. akhirnya ika decide untuk beli Premium Quality Blender Capsule Cutter Quatre (4 Powerful Blade) nie.


macam biasa, lubuk shopping ika adalah Shopee. kalau korang tengok harga kat atas tu, RM39.00. ye ika beli dengan harga tu laa. kat Shopee, korang akan jumpa macam-macam harga. macam ika, ika suka baca review sebelum beli. ika beli blender nie dengan kedai Pro_Shop. korang boleh klik sini, https://shopee.com.my/pro_shop untuk ke laman kedai Pro_Shop. untuk tengok blender nie pulak, boleh klik sini, https://shopee.com.my/product/4936409/628209765/.






This product is suitable for cut and chop, paste and mix, crush and powder because there are four sharp blades, power is sufficient. You put food materials and assemble the machine body then press downwards. It is convenient and clean because where you can clean every part of the machine by just take out the parts except for the machine body.
Capsule Cutter Quatre contain 4 powerful blade which can easily crush any kind of soft or hard ingredients, such as commercially available ice cubes or frozen fruit.It can also perfectly chop mince meat and vegetable dishes as well. Fluffy shaved ice and fruit 100% healthy gelato can also hand-made through this product ■ size: width 116 x d 116 x 233 mm ■ weight: 1.02kg ■ estimated amount: up to approx. 200 g (Cup MAX line before) ■ material: main body: ABS resin cover Cup: Triton blade: stainless steel ■ power consumption: 200 W ■ voltage rating: 100V 50 / 60 Hz ■ cable length: 1 m

setakat yang ika dah pakai nie, Alhamdulillah okey. ika dah blend carrot, brocolli, kurma dan banyak lagilah. ika pernah blend bubur jugak dalam tu untuk bagi lagi halus. memang texture dia jadi halus. yang kat atas tu, ika blend biskut Heinz. nak buat biskut kurma untuk Janna. biskut tu ika blend bagi hancur, then tabur atas biskut kurma yang ika buat untuk Janna. nanti kalau ade masa, ika share resipi bikut kurma tu pulak ye.
Read More

Janna demam !

first time Janna demam panas. pagi khamis masa ika nak pegi keje, Janna kebiasaannya memang akan bangun bila ika dan suami tengah siap-siap nak pegi ke tempat keje. bila ika dah nak gerak, mak mertua ika cakap badan Janna panas. tapi Janna masa tu masih aktif. tak merengek.

so, ika pegi jugak keje pagi tu tapi ika dah pesan siap-siap kat mak mertua kalau badan Janna panas jugak lagi, call ika. dalam tengahari, mak mertua ika call bagitahu badan Janna panas jugak dan dia dah mula merengek. dia takmau duduk bawah. nak berdukung. nak dipeluk. tido pon tak lama.


ika decide untuk amik Grab dan balik ke rumah. sampai je rumah, Janna nampak ika terus lah dia menangis. macam nak bagitahu yang dia tak selesa. ika terus check suhu badan dia. masa ika check tengahari tu dah 37.5c. memang dah tinggi. ika bagitahu suami. mintak dia balik dan nak bawak Janna ke klinik.

sementara tunggu suami ika sampai, ika cuba la bagi Janna tido. susukan dia. susu ibu adalah ubat yang terbaik tatkala anak tengah demam. peluk dia. bagi dia rasa selesa. memang dia merengek je. tak boleh tinggal. memang menangis. Janna, kalau dia berhingus atau batuk tapi tak demam, dia takkan merengek. dia akan tetap aktif macam biasa. tapi kali nie dia demam panas. first time ika nak hadapi benda macam nie. serius memang panik.

tengok Janna menangis, ika pon rasa nak menangis sama. kalau kita demam pon, kita rasa tak selesa. samalah dengan budak-budak. diorang pon rasa tak selesa. sebab tu asyik merengek sahaja. disebabkan kami pegi klinik dalam pukul 2lebih macam tu, banyak yang doktor belum sampai. kami sampai cari klinik merata. klinik ketiga barulah dapat jumpa doktor. suhu masa tu dah 38.5c. makin tingggi. doktor decide untuk masukkan ubat ikut bontot. mama kuatkan semangat lah tengok anak menangis. tapi sekejap je Janna menangis masa masukkan ubat. lepastu dia dah tenang.



kebetulan masa Janna demam panas tu time cuti tahun baru cina. kitorang lepas pegi klinik, terus gerak balik kampung sebab ade kenduri esoknya. sampai rumah tokwan kami, Janna punyalah menangis memang takmau kat sape pon kecuali mama dan papa dia. lastnya terpaksa la mintak suami ika hantar kami balik rumah mak mertua ika. bagi dia tido dulu sebab dia tengah demam kan.

dalam masa Janna demam, banyak kali jugaklah dia muntah. cadar dah bape kali tukar. ika sendiri pon dah bape kali bermandikan muntah Janna tapi ika anggap je tu semua pengalaman seorang ibu untuk membesarkan anak dia. anak tengah nak membesar. banyak lagi yang ika perlu hadapi.

hampir 5 hari jugaklah Janna demam on off. doktor pesan suruh pantau suhu badan dia. kalau lebih 38c, terus masukkan ubat ikut bontot. kalau bawah, just bagi ubat air sahaja. dan ika kenal sangat Janna. bila bagi ubat, dia akan muntahkan balik. tapi kali nie kami tawakal. nak taknak kena jugak bagi ubat untuk bagi dia sihat. Alhamdulillah dia tak muntahkan cuma menangis tu sampai mama pon rasa kesian tengok. tapi demi kesihatan, kami terpaksa wahai anak.

dalam masa 5 hari tu, makan takmau. dok bergantung pada susu ika semata-mata. ika bagi dia biskut. dia pegang. tapi makan sikit sahaja. lebihnya dia biarkan je. masuk hari ke 5 tu, ika tengok dia dah makin sihat, ika suapkan jugak makanan dia. Alhamdulillah dia dah berselera makan. ika just harap Janna akan sentiasa kuat dan membesar dengan sihat ^^
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com