Workstation Makeover | Part 2

entry bersambung. ika makeover bilik ika kat ofis. entry sebelum nie ika makeover ring file ika. kali nie ika makeover papan kenyataan ika pulak. papan kenyataan ika nie ika pakai polisterine sahaja. ika pernah update kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2017/04/diy-papan-kenyataan.html. memang ika biarkan dia bogel selama beberapa bulan. lepas ika naik kerja lepas bersalin baru ika balut dia dengan kertas warna oren.

bila cari gambar takde pulak gambar papan kenyataan nie yang ika dah balut dengan kertas oren. rupanya memang tak pernah amik gambar dia. hahahaha. nak cakap buruk takla buruk pon cuma dia tak melekat sangat. tapi bertahan lama jugak la dengan kertas tu.


then, lepas dah balut dengan kertas oren tu, ika cadang nak balut pulak dengan kain. sebab berkenan tengok ofismate ika balut papan kenyataan kat ofis nie dengan kain. shantekkk dan kemas. tapi bila fikir balik macam susah sebab nak kena p cari kain pulak.

hujung minggu tu, ika kemas barang rumah ika. lepastu terjumpa la selendang. time muda remaja dulu ika suka pakai selendang. ye lah. masa tu trend kot. tapi taklama. ika kembali ke pangkal tudung bawal sampailah sekarang. selendang sangat tak sesuai dengan ika. heeee. ika pon gagah la p balut polisterine nie dengan selendang. memang ok tapi jenuh pulak dia nak melekat kat pintu. asyik jatuhhhh gedebuk sampai patah la jugak polisterine tu.


akhirnya ika dapat idea lain iaitu balut je lah polisterine tu. sekarang kan punyalah banyak kedai rm2. wallpaper memang berlambak la kat kedai tu. terus la ajak suami ika p beli wallpaper nie. kebetulan masa ika p beli tu, ada pulak wallpaper warna pink. hahahaha ! terus grab la. lagipon masa tu ada 2 ketul je lagi wallpaper nie yang warna pink. amik dua-dua ketul la terus kot la tak cukup ke ape kan.

masuk ofis, terus balut. eksaiteddd sangat ! heee. Alhamdulillah melekat elok je. terus tampal kat pintu tu. memang melekat elok. sampai sekarang pon dia masih teguh kat pintu tu. yeayy ! akhirnya misi berjaya ^^

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com