Workstation Makeover | Part 1

balik dari cuti, ika mulakan kerja di tahun 2018 dengan perasaan yang sangat malas. hehehe. biasalah bila dah cuti lama sikit, mulalah liat nak masuk ofis. so, disebabkan malas nak buat kerja, ika amik inisiatif untuk makeover bilik ika kat ofis tu. padahal memang setiap tahun pon ika ubah suai bilik ika tu. hahahahahahaha !

benda yang pertama ika makeover dalam bilik ika adalah fail. fail ika terlampau banyak. disebabkan tahun nie pakai sistem baru, so ika kurangkan beberapa ketul fail. setiap tahun ika akan tukar baju fail tu.

2016

2017

2018

tahun 2016 ika guna tema warna hijau. lepastu tahun 2017 ika pakai tema oren. tahun 2018 nie pulak ika guna warna kegemaran ika iaitu PINK ! heeee. boleh naikkan semangat untuk siapkan keje. ewahhh. tapi kalau dah malas, tak siap jugak kejenye tu.

yang tak berubah adalah meja tempat letak fail tu. ika ada terfikir untuk ubah meja tu sebenarnya tapi bila fikir betapa banyak nya wayar berselirat nanti, ika biarkan je lah meja tu kat situ. bilik ika nie tak la sebesar mana pon. dokumen pulak punya berlambak dalam bilik ika. dah tinggi menggunung. tunggu masa nak tumbang je. stor dah penuh. makanya, terpaksa la ika fikir macam mana nak kemas bilik ika untuk tak nampak berselerak.

next entry, ika ubah suai papan kenyataan ika pulak :)

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com