kita bakar dia !

tajuk kemain. tak tahu nak tulis tajuk ape. hahahaha ! memandangkan ika jarang balik kampung, so bila dah balik baru-baru nie, family ika buat la bakar-bakar sikit belah malam tu. sebenarnya tak rancang pon nak buat bakar-bakar nie. petang tu bila balik dari melawat anak saudara ika yang baru tu, terus kakak suggest untuk buat bakar-bakar.

then, terus la kami p beli barang-barang. kakak tukang perap ayam. adik tukang masak. ika pulak tukang goreng. hahahahaha ! kitorang just bakar ayam, sosej dan lokcing. kalau kat Kelantan memang femes la lokcing nie. kalau kat luar Kelantan, kebanyakan orang panggil lokcing nie sate ikan.

masa ika balik haritu, cuaca kat kampung memang sejuk sangat-sangat. sampai ke tulang ika rasa. hahaha ! ika nie memang sejenis tido takmau selimut tapi balik kampung terus sambar selimut. wakakakaka. malam kitorang bakar-bakar tu pon angin kuat tapi kitorang tetap bakar-bakar jugak. heeee




tukang bakar-bakar nie haruslah kita serah kepada kaum lelaki. sesekali buat macam nie memang seronok sebab dapat kumpul ramai-ramai. adik beradik ika memang ramai tapi nak berkumpul semua sekali tu ya ampunnnn susah sangat-sangat. 8 adik beradik, maka akan jumpaa 8 perangai yang berbeza.

oh ye, kitorang bakar-bakar nie buat depan rumah tu je. angkut kerusi meja letak depan rumah. takyah nak p jauh-jauh. bakar-bakar sambil menikmati angin malam yang sejukkkk. mama ika pon kami bawak dia dok kat luar tengok anak menantu dok bakar-bakar. seronok la mama dapat tengok anak menantu dia jarang-jarang sekali berkumpul. alaaaaa. rindunyaaaa :(


yang paling gembira tentulah anak-anak saudara ika. umur diorang semua tak jauh beza. dah macam kawan-kawan. seronok main. seronok gaduh. hahahaha ! pape pon seronok sangat-sangat balik kampung. tunggu raya pulak ^^

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com