King Size Multifunctional Wardrobe - Green | Shopee

entry kali nie ika nak share mcm mana ika kemas segala bagai barang Janna terutamanya baju-baju dia tu semua termasuklah pampers dan stok-stok dia seperti tisu basah. disebabkan barang dia yang banyak tu, ika decide untuk beli King Size Multifunctional Wardrobe yang jugak berwarna hijau. heeee

kalau korang tengok dalam Shopee, memang banyak sangat pilihan untuk beli wardrobe nie. ika cari wardrobe nie yang warna hijau. kebanyakannya dah habis stok. Alhamdulillah ade juga ika jumpa satu dengan harga yang bagi ika sangat berpatutan. ika beli dengan harga RM38.50.


kalau korang nak tengok produk nie, boleh klik sini, https://shopee.com.my/product/13756102/430218823/. ika beli dengan kedai Idrop Online. link kedai pulak kat sini, https://shopee.com.my/idroponline.




Alhamdulillah, barang ika sampai dengan selamat dan semua barang dia cukup. kalau tak cukup macam mana nak pasang. hahahaha ! sebab ade je ika baca komen yang barang tak cukup. risau jugak kot ika pon dapat macam tu kan. itulah adat bila beli online nie. Alhamdulillah semua cukup lengkap. terima kasih suami sebab sudi pasangkan wardrobe nie :)

semua barang Janna ika masukkan dalam wardrobe nie. kalau korang perasan ade 3 ketul kotak kat bahagian bawah tu, ika simpan stok tisu basah Janna. dan ada juga stok ika macam pam susu tu semua. ada masa lapang nanti ika nak balut kotak tu pulak. heeee. puas hati sangat dengan wardrobe nie. luas. kukuh la bagi ika sebab baju Janna takla berat sangat pon. lagipon baju dia semua cenonet je. hehehehe

ada duit lebih nanti, kita beli almari pulak. tunggu rumah baru siap baru seronok nak mendeko bilik untuk Janna >.<

1 comment:

  1. murah sangat kan dekat shopee.. tapi ini kalau dapat dekat kucing nurul, memang rabak..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com