Janna & Pantai

sebelum nie ika ade update entry Janna dan Bakul. kali nie ika update entry Janna dan Pantai pulak. heeeee. masa kitorang balik kampung awal bulan lepas, suami ika ade la bawak kami jalan-jalan cari keropok kat Terengganu. kami memang cari keropok kat Terengganu bila balik Kelantan. suami ika dah ade port feveret dia untuk beli keropok. alang-alang tu, dia bawak la kami singgah kat pantai.


ika tak bawak Janna main air pantai pon sebab masa kitorang pegi tu angin tengah kuat. so, just amik gambar je lah kat buaian omey tu. Janna kemain seronok. seronok dapat jalan-jalan ye ? :P




sesekali balik kampung, boleh la spend masa dengan family. bila dah start keje memang susah la nak spend masa. Janna pon kadang kesian jugak ika tengok. weekend pon kadang kitorang takde masa untuk dia. suami ika sabtu pon keje half day. so, kami ada masa hari Ahad je lah untuk main dengan dia. sekarang nie bila balik rumah je, dia dah tunggu kat pintu. hehehehe.

lain kali nak plan trip bawak Janna jalan-jalan pulak ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com