Family Day di Teluk Senangin, Lumut

entry throwback. hujung bulan November 2017 yang lepas, keluarga sebelah mertua ika adakan family day. family day nie diadakan di Teluk Senangin, Lumut. ada lah dalam 7 keluarga yang berkumpul. itupon sebenarnya tak cukup korum lagi. takpe la kan. buat yang mana ada sahaja.

kami bertolak pagi. ika dari Ipoh dengan mak mertua. family lain kebanyakannya dari Taiping dan Gerik. kitorang gerak dalam pkul 9.30 pagi dan sampai sana lebih kurang pukul 11 pagi lebih macam tu. then, kitorang beriadah dulu kat pantai Teluk Senangin tu sambil makan-makan. budak-budak for sure lah nak main air pantai. ika ? melayan si Janna je lah. hahaha !





sementara tunggu untuk check in homestay, kami makan-makan dulu dan amik gambarlah dulu buat kenang-kenangan. then, dalam pukul 2 petang, masa untuk check in, kami gerak terus ke homestay yang tidaklah sejauh mana pon dari pantai tu. hahaha ! dah memang homestay tu kat pantai pon :P

kitorang menginap di Chalet Casa Impiana. no fon ada kat bawah nie. homestay yang kami sewa nie adalah rumah 2 tingkat. seriously sangatlah besar dan selesa. ada dapur kat luar. ada tandas 2 ketul. ada kerusi. ada tv. ada bilik yang besar-besar gedabak. ada tempat nak bakar-bakar. semua adalah ^^

yang paling penting, homestay nie mengadap lautan biruuuuuu. bangun pagi bukak pintu bukak tingkap terus hirup udara segar sambil menikmati pemandangan yang super cantik ! sangat recommended untuk korang yang ada family besar-besar tu untuk menginap kat Chalet Casa Impiana nie.




sebelah malam, kitorang ada buat bakar-bakar ayam kat depan homestay tu tapi maappp la takdak gambar sebab me is busy tidokan Janna debab tu. lagipon malam tu hujan renyai-renyai. sejukkk. sedap nauuu tido. hahahaha !

untuk hari kedua, pagi-pagilah pakat turun p mandi air pantai. ika memang tak suka sangat mandi air pantai. ika suka angin pantai je. hiksss. tapi seronok tengok family dok mandi air pantai. Janna pulak masih lena diulik angin sepoi-sepoi bahasa.






Janna bangun tido, ika bagi dia kat papa dia. saja nak bagi dia merasa air pantai. nak harapkan mama dia bawak masuk dalam air tu, memang tak la. hahahaha ! mama dia pon penakut air. takut lemas. muahahahahaha ! Janna memang jenis suka main air. suka sangat dia dengan air. bila mandikan dia kat rumah, perghhh dia punya menggelupur seronok tu memang tak boleh cakap la.

habis mandi-manda tu, then kami bersiap untuk check out. walaupun kami check out awal haritu tapi ok la sebab kami jalan-jalan ke Lumut pulak. alang-alang dah ada kat sana, family kitorang pon nak jalan-jalan la dulu kan. kami ngekor sahaja. heeeeee >.<



sebelum gerak ke Lumut, gambar kenang-kenangan kat depan Chalet Casa Impiana. ini je lah family yang berpeluang join family day haritu. Insya Allah tahun nie kita buat lagi. bagi ramai lagi yang join. event macam nie la yang boleh mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga. lagi-lagi ika nie baru setahun jagung dalam family mak mertua ika. bukan semua ika kenal atau bertegur sapa. kat sinilah masanya nak bersembang walaupun ika is pemalu. wakakakaka :P

terima kasih papa belikan Janna topi ! ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com