balik Kota Bharu

awal tahun nie, ika dengan suami balik Kota Bharu. for sure lah kami bawak Janna sekali balik. sebab dah lama sangat tak balik kampung. awal mengandung je ika sempat balik kampung. lepastu tak balik sebab sarat mengandung sampailah raya pon raya kat Perak sahaja. perjalanan yang jauh buatkan kami amik masa lama untuk balik sebab Janna pon kecik cenonet lagi. 

so, masa Janna umur 6 bulan lebih, kami bawak dia balik kampung sebelah ika pulak di Kota Bharu. kitorang gerak dari Semanggol awal pagi sebab nak sampai sana tu sebelum tengahari. pagi-pagi lagi Janna bangun. macam tahu je nak jalan jauh. hahahaha ! mandikan dia siap-siap. biasanya lepas dah mandi dia akan tido semula. senang sikit dalam kete nanti. heeee


then, kami berhenti makan dekat Gerik. lepastu teruskan perjalanan. masa kat jalan bukit dekat Gerik, Alhamdulillah suami ika sempat brek elak kereta jalan sebelah yang terbabas ke jalan kami. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. cuak tu memang takyah cakap la. gaung kot sebelah tu. masa tu pulak hujan renyai. ika mintak suami ika p tolong budak yang kereta terbabas tu.

Alhamdulillah budak tu ok sahaja. kereta dia memang rosak teruk la kena penghadang kat tepi tu sampai bengkok. kitorang teman je lah budak tu sementara. lepastu baru teruskan perjalanan ke Kota Bharu :)


Alhamdulillah. first time bawak Janna jalan jauh dan dia sangat behave. dia banyak tido je dalam kete. bangun main kejap sahaja then tido je memanjang. hikss. tunggu raya pulak ye kami balik >.<

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com