King Size Multifunctional Wardrobe - Green | Shopee

entry kali nie ika nak share mcm mana ika kemas segala bagai barang Janna terutamanya baju-baju dia tu semua termasuklah pampers dan stok-stok dia seperti tisu basah. disebabkan barang dia yang banyak tu, ika decide untuk beli King Size Multifunctional Wardrobe yang jugak berwarna hijau. heeee

kalau korang tengok dalam Shopee, memang banyak sangat pilihan untuk beli wardrobe nie. ika cari wardrobe nie yang warna hijau. kebanyakannya dah habis stok. Alhamdulillah ade juga ika jumpa satu dengan harga yang bagi ika sangat berpatutan. ika beli dengan harga RM38.50.


kalau korang nak tengok produk nie, boleh klik sini, https://shopee.com.my/product/13756102/430218823/. ika beli dengan kedai Idrop Online. link kedai pulak kat sini, https://shopee.com.my/idroponline.




Alhamdulillah, barang ika sampai dengan selamat dan semua barang dia cukup. kalau tak cukup macam mana nak pasang. hahahaha ! sebab ade je ika baca komen yang barang tak cukup. risau jugak kot ika pon dapat macam tu kan. itulah adat bila beli online nie. Alhamdulillah semua cukup lengkap. terima kasih suami sebab sudi pasangkan wardrobe nie :)

semua barang Janna ika masukkan dalam wardrobe nie. kalau korang perasan ade 3 ketul kotak kat bahagian bawah tu, ika simpan stok tisu basah Janna. dan ada juga stok ika macam pam susu tu semua. ada masa lapang nanti ika nak balut kotak tu pulak. heeee. puas hati sangat dengan wardrobe nie. luas. kukuh la bagi ika sebab baju Janna takla berat sangat pon. lagipon baju dia semua cenonet je. hehehehe

ada duit lebih nanti, kita beli almari pulak. tunggu rumah baru siap baru seronok nak mendeko bilik untuk Janna >.<
Read More

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina


selamat tahun baru cina buat semua yang menyambut dan selamat bercuti semua daripada blog ^^
Read More

Seat Belt Pads Car Safety | Shopee

entry sebelum nie, ika share yang ika beli kusyen untuk carseat Janna. so, kali nie meh la ika share ika beli kan seat belt punya cover pulak untuk carseat Janna tu.


ika beli 1 Pair Plush Shoulder Cover Cushion nie kat Shopee dengan harga RM13.40 masa tu laa. sekarang lagi murah. seat belt cover nie dari China. so, amik masa yang lama sikit la dapat barangnya. korang boleh view produk nie dekat link nie, https://shopee.com.my/product/32306099/716335077/. untuk tengok kedai, boleh klik sini pulak, https://shopee.com.my/topbeauty.my. ika beli dengan kedai topscene.my di Shopee.





 Commodity material: Plush
 Size: Approx 15.5cm*6.5cm
 Product filling: high quality pp cotton
Condition:100% NEW
 Product name: baby seat belt partner
 2pcs/ Set of product

ika memang sengaja beli cover seat belt tu warna hijau. nak bagi sedondon dengan kusyen dia. hahaha ! sebenarnya kebanyakan barang Janna ika belikan warna hijau. damainyaaaa >.<
Read More

Happy 8th Month Janna !

14 Jun 2017 - 14 Februari 2018


Umur : 8 Bulan
Pencapaian : 
Duduk
Merangkak
Berdiri (berpaut pada mama papa atau sofa)
Read More

Baby Infant Stroller Seat | Shopee

entry lepas ika ada share yang ika beli spiral hanging toy untuk gantung kat carseat Janna. kali nie ika nak share yang ika beli kusyen untuk carseat Janna pulak. kusyen nie pon ika beli dekat Shopee. kalau ikutkan kusyen carseat tu elok je lagi. just terkoyak sikit sahaja. so, ika gantikan lah dengan Baby Infant Stroller Seat nie.


seperti yang korang nampak, harga yang ika beli ialah RM6.60. murah kan ? cuma barang nie dari China. so, memang amik masa la untuk sampai ke Malaysia. bagi ika ok je sebab bukan nak pakai urgent kusyen tu. so, beli je lah. lagipon murah. hahahaha !

korang boleh tengok kat sini, https://shopee.com.my/product/8529104/68576250/ barang yang ika beli nie. then, ika beli di kedai Mommy & Baby. nak tengok link kedai tu, boleh klik sini pulak, https://shopee.com.my/perfectforyou.my.




Specification:

Type: Baby Stroller Seat Cushion Pattern Type: Dot Age Range: 0-36 Months Material: Cotton Size: 70*53cm (there are 1-2cm error) Color: Brown, Blue, Green, Pink, Purple Suitable for all kinds of baby strollers, safety seats, chairs, car seats, etc. Ultra soft, comfortable seat pad for baby Fashionable design with colorful strip pattern, can use in both sides

bagi ika sangat berpatutanlah dengan harga nya tu. kalau korang tanya ika kenapa tak beli je carseat baru. sebab, carseat baru pon harga dah ratus-ratus. guna pon sekejap sahaja. lagipon dah ada yang memberi, ika just tambah ape yang patut sahaja yang mana ika rasa kos perbaik tu tak sampai pon rm50. itu sahaja. hikss
Read More

Happy 7th Month Janna !

14 Jun 2017 - 14 Januari 2018


Umur : 7 Bulan
Pencapaian : 
Duduk
Read More

Spiral Hanging Toy | Shopee

masa ika masih dalam cuti pantang, officemate ika ada bagi kat ika dia punya baby carseat sebab anak dia pon dah besar. carseat masih elok. masih boleh diguna. so, ika pon terima lah dengan hati terbuka. hahahaha ! dah orang bagi, amik je lah kan. sementara nak tunggu Janna dah boleh duduk dalam carseat tu, ika perbaik la apa yang patut.

oh ye. carseat tu untuk baby yang dah boleh duduk. sebab tu ika tak letak Janna dalam carseat tu sebab masa awal tu kan Janna masih belum boleh duduk. sementara tu, ika belikan macam-macam la kat carseat tu. salah satunya ialah spiral hanging toy.


macam biasa. ika beli spiral hanging toy nie di Shopee. sebelum beli tu ika ade la survey dua tiga bijik kedai. sajalah beli toy nie untuk tarik minat Janna bila dah letak dia dalam carseat tu. faham je lah Janna bukan boleh duduk diam. heeeee

korang boleh tengok spiral hanging toy nie kat sini, https://shopee.com.my/product/13455677/113339012/. ika beli dekat kedai 2U Moms & Baby di laman web Shopee. kalau korang nak tengok link kedai, boleh klik sini, https://shopee.com.my/raudhatuladwaduniasicomel. toy nie ika beli dengan harga RM25.00. bagi ika sangatlah ok. barang yang sampai pon sangat ok.


ika try letak Janna dalam carseat tu then gantung spiral hanging toy nie. memang dia ralik sangat main mainan nie. toy nie ada bunyi-bunyi. tu yang dia paling suka main. banyak lagi yang ika beli untuk carseat tu. nanti ika update entry lain pulak ye ^^
Read More

Happy 6th Month Janna !

14 Jun 2017 - 14 Disember 2017


Umur : 6 Bulan
Check Up : 14 Disember 2017
Berat : 7.0 kg
Tinggi : 64 cm
Read More

4 in 1 Multifunctional Lion Walker

masa Janna dh nak masuk 6 bulan, ika ade belikan walker untuk Janna. sebenarnya memang nak sangat elakkan diri daripada beli walker untuk Janna. kalau boleh memang taknak ajar Janna dok dalam walker. then, disebabkan Janna mak mertua ika yang jaga, kesian pulak tengok mak mertua ika tu. ye lah. Janna tengah nak membesar. memang lasak la dia.

so, ika decide untuk beli 4 in 1 Multifunctional Lion Walker nie kat Janna. ika ade la survey walker nie secara online. harga dia memang antara rm150-rm180. ika beli walker nie dari kawan baik ika sebab anak dia taknak pakai. memang baru sangat lagi. so, beli je lah dari kawan baik ika. harga pon mestilah dapat lagi murah. hahahahaha


Alhamdulillah. walker pon dah selamat sampai kat rumah ika. Janna pon dh rasmikan walker tu. hahahaha ! masa mula ika letak dia dalam tu, muka dia mcm takde perasaan. bila dah tahu benda tu boleh gerak-gerak, baru dia excited.


maka, bermulalah sesi penjelajahan satu rumah. silakan Janna. heeee. mama ok je sebab rumah kita takde barang sangat. pusing je lah kat mana Janna nak asalkan jangan sepahkan barang mama. kahkahkah ! sekarang Janna dh pro bawak walker nie. dh pandai undur. dah pandai race. hahahaha ! ok la tu Janna. janji awak happy sudah :)
Read More

Family Day di Teluk Senangin, Lumut

entry throwback. hujung bulan November 2017 yang lepas, keluarga sebelah mertua ika adakan family day. family day nie diadakan di Teluk Senangin, Lumut. ada lah dalam 7 keluarga yang berkumpul. itupon sebenarnya tak cukup korum lagi. takpe la kan. buat yang mana ada sahaja.

kami bertolak pagi. ika dari Ipoh dengan mak mertua. family lain kebanyakannya dari Taiping dan Gerik. kitorang gerak dalam pkul 9.30 pagi dan sampai sana lebih kurang pukul 11 pagi lebih macam tu. then, kitorang beriadah dulu kat pantai Teluk Senangin tu sambil makan-makan. budak-budak for sure lah nak main air pantai. ika ? melayan si Janna je lah. hahaha !





sementara tunggu untuk check in homestay, kami makan-makan dulu dan amik gambarlah dulu buat kenang-kenangan. then, dalam pukul 2 petang, masa untuk check in, kami gerak terus ke homestay yang tidaklah sejauh mana pon dari pantai tu. hahaha ! dah memang homestay tu kat pantai pon :P

kitorang menginap di Chalet Casa Impiana. no fon ada kat bawah nie. homestay yang kami sewa nie adalah rumah 2 tingkat. seriously sangatlah besar dan selesa. ada dapur kat luar. ada tandas 2 ketul. ada kerusi. ada tv. ada bilik yang besar-besar gedabak. ada tempat nak bakar-bakar. semua adalah ^^

yang paling penting, homestay nie mengadap lautan biruuuuuu. bangun pagi bukak pintu bukak tingkap terus hirup udara segar sambil menikmati pemandangan yang super cantik ! sangat recommended untuk korang yang ada family besar-besar tu untuk menginap kat Chalet Casa Impiana nie.




sebelah malam, kitorang ada buat bakar-bakar ayam kat depan homestay tu tapi maappp la takdak gambar sebab me is busy tidokan Janna debab tu. lagipon malam tu hujan renyai-renyai. sejukkk. sedap nauuu tido. hahahaha !

untuk hari kedua, pagi-pagilah pakat turun p mandi air pantai. ika memang tak suka sangat mandi air pantai. ika suka angin pantai je. hiksss. tapi seronok tengok family dok mandi air pantai. Janna pulak masih lena diulik angin sepoi-sepoi bahasa.






Janna bangun tido, ika bagi dia kat papa dia. saja nak bagi dia merasa air pantai. nak harapkan mama dia bawak masuk dalam air tu, memang tak la. hahahaha ! mama dia pon penakut air. takut lemas. muahahahahaha ! Janna memang jenis suka main air. suka sangat dia dengan air. bila mandikan dia kat rumah, perghhh dia punya menggelupur seronok tu memang tak boleh cakap la.

habis mandi-manda tu, then kami bersiap untuk check out. walaupun kami check out awal haritu tapi ok la sebab kami jalan-jalan ke Lumut pulak. alang-alang dah ada kat sana, family kitorang pon nak jalan-jalan la dulu kan. kami ngekor sahaja. heeeeee >.<



sebelum gerak ke Lumut, gambar kenang-kenangan kat depan Chalet Casa Impiana. ini je lah family yang berpeluang join family day haritu. Insya Allah tahun nie kita buat lagi. bagi ramai lagi yang join. event macam nie la yang boleh mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga. lagi-lagi ika nie baru setahun jagung dalam family mak mertua ika. bukan semua ika kenal atau bertegur sapa. kat sinilah masanya nak bersembang walaupun ika is pemalu. wakakakaka :P

terima kasih papa belikan Janna topi ! ^^
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com