Welcome Back to Unit Perolehan

tahun 2017 nie adalah tahun ke 5 ika bekerja dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak dan Kedah. yes ! dah 5 tahun. dan dalam masa 5 tahun ika kat sini, dah berapa kali ika pindah unit. ika pon tak pasti kenapa. dah orang tukar, ika ikut je lah arahan. ye dok ?

tahun 2012, ika mula ditempatkan di sini. diorang pinjamkan ika ke Unit Kewangan untuk buat keje bahagian claim. so, masa nie ika belajarlah cara kira claim orang. dan cara nak tolak claim orang. hahahahaha ! walaupun ika gred S, tapi diorang pinjamkan ika untuk buat keje W. takpe la kan. pengalaman tu semua.

tahun 2013, diorang pulangkan ika ke keje hakiki ika iaitu gred S. so, masa ne ika ditempatkan pula ke Unit Ekonomi. ika dok unit nie tak lama pon. tapi masih sempat merasa bawak rombongan orang asli join program ekonomi di Kuala Nerang, Kedah dan jugak Raub, Pahang. dapatlah belajar cara nak handle program sekejap. hiksss.

Unit Ekonomi

lepastu diorang pindahkan ika ke Unit Kewangan semula dan buat semula keje lama ika iaitu buat claim. ika pon ikut je lah. heeeee. yang nie lama jugaklah ika buat. seronok tu memang seronok tapi kena hadap la soalan yang bermacam-macam. hahahahaha :P

Unit Kewangan

tahun 2014, diorang tukarkan ika pulak ke Unit Perolehan, Bahagian Kewangan. buat keje bahagian sebut harga tu semua. seriously keje nie sangat susah bagi ika. merangkak-rangkak rasanya. bertahun jugaklah ika belajar untuk hadap keje nie. tapi kat unit perolehan nie la ika paling lama bertahan. hehehehe. dua tahun jugaklah ika tak merasa pindah unit lagi. hahahahaahaha !

Unit Perolehan

then, awal tahun 2017 ika akhirnya ditukarkan ke Unit Air dan Elektrik, Bahagian Pembangunan. sebenarnya ini adalah keje hakiki ika iaitu gred S. kena tukar pon tak tahu ape punca. kahkahkah ! punca nya mengandung la kot. positif je lah ika masa tu. hati bila dah seronok buat keje sebut harga, mulalah bila dah pindah unit lain tu rasa lain macam je. tapi dah nama pon arahan, ika ikut je lah kan .

Unit Air dan Elektrik

tak sampai pon dua bulan ika kat Unit Air dan Elektrik nie, diorang pulangkan ika ke Unit Perolehan tu semula atas sebab ape ? entah la labuuu. hahahaha ! tak kesahlah diorang nak letak ika kat unit arahan. ika kan SYMP. selagi ika boleh bekerja, ika akan bekerja ikut apa yang diorang kehendaki ^^

walau ape pon, keje lah dengan ikhlas. jangan disebabkan kita, orang lain yang teraniaya. eh eh eh. ika pon tak tahu sampai bila mampu bertahan kat Unit Perolehan nie. just siap sedia sahajalah kena tukar ke mana pulak lepas nie. doa dan teruskan bekerja ! :)
Read More

Welcome Gift from Drypers Baby Club

baru-baru nie ika ada la daftar beberapa kelab untuk mak dan anak. salah satunya adalah Drypers. korang kalau nak daftar jugak, boleh la klik link nie https://www.drypers.com.my/drypers-baby-club/ . ika daftar sebab nak tahu beberapa maklumat berkenaan pampers Drypers nie. lagi pulak ika belum decide untuk belikan pampers jenama ape untuk baby ika nanti. aduuuuu >_<

bila dah daftar Drypers Baby Club nie, ika diberikan welcome gift daripada pihak diorang. ika sebenarnya tak perasan hadiah diorang nie sebab kebanyakan surat menyurat ika adalah alamat ofis tapi untuk Drypers Baby Club nie ika terpaksa pakai alamat rumah sewa. peti surat rumah sewa tu memang jarang sangatlah ika bukak. hahahahaha !


ika dapat diari ibu dan anak daripada Drypers Baby Club nie. diari nie seriously sangatlah comel. nanti ika share dengan korang gambar belah dalam diari nie. sayang nak tulis-tulis. hahahaha ! 







haaaaa. dah tengok isi dalam diari nie ? cantik kan ? heeeee. dalam diari nie diorang ada jugak bagi baucer untuk beli pampers. banyak la jugak dapat baucer tu.






tak tahu la sempat pakai ke tak baucer nie. hahahaha ! ape pon, terima kasih Drypers Baby Club ! ^^
Read More

Pregnant ! | Minggu 25


Minggu 25

Bayi Anda
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.

Tubuh Anda
Anda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.

untuk minggu ke 25 nie, ika takde sebarang check up. so, takde ape nak diceritakan sangat. ika just hadir ke kelas exam KPSL di Putrajaya sahaja. nasib la kelas satu hari sahaja. bff ika yang tumpangkan ika ke Putrajaya tu. kitorang gerak awal sehari. takde la penat sangat. baby pon behave je dalam kete. heeee

dan minggu ke 25 nie jugaklah minggu paling down untuk ika. menangis di akhir minggu ke 25. menangis mengenangkan apa yang orang dah buat kat kita. tapi takpe lah kan. benda dah jadi. just doakan semoga diorang sedar. eh eh eh :P
Read More

Kain Batik Terengganu | Kain Sarung Batik Terengganu

ika nak share dengan korang satu lagi online shop yang ika pernah beli barang dengan diorang nie. belinya dah lama tapi baru sekarang ika berkesempatan nak update dan promot sikit kat korang. manalah tahu korang pon berkenan sama. heeeee

so, ika ada la beli kain sarung batik. ika memang dah lama nak beli memandangkan ika punya kain sarung batik nie kat rumah takde la banyak mana. dah kawen baru terhegeh-hegeh nak pakai kain sarung. hahahahaha ! tapi sekurangnya ada la jugak kain sarung tu dan pandai hokeyyy pakainya. ika nak tambah disebabkan raya nanti nak kena berpantang. so, nak buat stok siap-siap.

then, ika ada terjumpa satu fb yang memang jual kain sarung nie. fb senior ika masa kat UiTM Machang dlu. hehehe. so, ika pm la dia tanya semua berape kan. dan ika berjaya la beli dalam 45 helai kalau ika tak silap. itupon lepas ika kutip order dari mak mertua, mak saudara dan ofismate ika. dapatlah 45 pasang. makin banyak korang beli, makin murah la korang akan dapat harga. ika rasa beli macam nie lagi berbaloi.


kalau korang nak try usya jugak, boleh ke fb Kain Sarung Batik Terengganu ataupun korang wasap je 013-3462900. seriously sangat puas hati dan corak pon cantik sangatttt ^^


yang nie antara yang ika beli haritu. ini pon setelah tuannya dah amik. hahahaha ! macam ika, ika order corak random sebab tuannya ramai sekali, so ika amik random je lah coraknya. kang pening pulak ika nak agihkan ikut corang diorang nak. diorang pon setuju je dengan corak random tu. seriously ika cakap walaupun ika amik corak random, corak yang diorang bagi memang semuanya cantik. puas hati sangat. jenis kain yang berkualiti macam kita pakai kat rumah tu. sangat selesa. tak rugi korang beli banyak-banyak :)
Read More

Pregnant ! | Minggu 24


Minggu 24

Bayi Anda
Bayi anda semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata-kata anda dengan jelas. Kini berat bayi anda sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm.

Tubuh Anda
Tubuh anda kini mula menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut yang sesuai.

Alhamdulillah. dah masuk minggu ke 24 a.k.a dah masuk 6 bulan. kejap je masa berlalu. so, untuk minggu ke 24 nie ika ada check up di dua klinik. satu di Klinik Kesihatan dan satu lagi di Klinik Desa. untuk klinik kesihatan tu sepatutnya ika datang pada minggu ke 20 tapi disebabkan booking dah full untuk scan, so diorang tunda ke minggu ke 24. 

kat klinik kesihatan tu ika just datang untuk scan memandangkan kat klinik desa takde untuk scan nie. so, kalau untuk scan, nurse kat klinik desa akan booked tarikh dengan klinik kesihatan. masa scan minggu ke 24 nie, doktor cakap baby ika kecik. macam lewat 2 minggu. sepatutnya saiz dia 24minggu tapi masa tu saiz dia lebih kurang 22minggu. ika pon dah mula la resah gelisah. doktor suruh repeat scan lagi sebulan. tabah ye ika :P

ika ada la maklum kat klinik desa. nurse yang jaga ika tu cakap ika tak perlu risau sebab tarikh period ika pon tak jelas. sebab period tak teratur. so, due date yang sebenar tak dapat nak detect. diorang just mintak ika standby 2minggu awal atau 2minggu lewat dari tarikh due yang diorang bagi masa awal dulu ^^

masa scan tu baby ika masih songsang. tapi nurse check kat klinik desa degupan jantung baby ika normal. minggu ke 24 nie dapatlah ika satu lagi suntikan untuk kancing gigi tu. meraung la jugak. wakakakakaka. memang penakut jarum sungguh la :P
Read More

10 Perubahan Pelik Semasa Hamil

entry kali nie ika nak share dengan korang antara 10 perubahan pelik semasa hamil yang bakal ibu perlu ambil tahu. ika baca dan ika kongsikan dengan korang. ika baca artikel nie di facebook Mari Hamil. semoga bermanfaat ! :)











perubahan ini bergantung pada diri masing-masing la kan ? lain orang, lain perubahannya. bukan semua orang alami perubahan nie. ika sendiri pon ada la alami perubahan nie. ape pon, sejak mengandung nie, banyak sangat perubahan yang ika alami. itu semua ika anggap pengalaman paling manis. seronok bila tahu dah mengandung. heeee
Read More

Rahim Seorang Ibu Yang Paling Selamat Dan Ajaib

ika terjumpa artikel kat fb Info Ibu Hamil dan ika sangat tertarik dengan info kat dalam post tu. so, kat sini ika nak kongsikan dengan korang pulak. sama-sama kita dapat manfaatnya.


1. Allah SWT sendiri yang berfirman dalam Surah al-Mu'minun, "Dan sesungguhnya Kami telah cipatkan manusia daripada satu sari pati dari tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) di tempat yang kukuh (rahim)".

2. Pernah tengok bayi lahir tak cukup bulan? Biasanya, bayi lahir pramatang kena duduk dalam inkubator untuk satu jangkamasa tertentu. Kenapa inkubator? Sebab, inkubator direka fungsinya sebagai pengganti rahim ibu. Mestilah inkubator ini dipasang macam-macam teknologi perubatan demi kelangsungan bayi tadi, tapi bayi ini masih lagi ada risiko terkena jangkitan.

3. "Bilik" paling kebal dari sebarang ancaman. Macam-macam ancaman. Bunyi bising, asap kenderaan, asap rokok bapak dia, pelbagai siri gegaran.

4. Kedudukan rahim. Duduknya rahim adalah ruang pelvis (ruangan antara tulang pinggul dan paha). Kedudukan istimewa ini sangatlah sesuai untuk perkembangan awal janin. Fuh, hebat !

5. Suspensi yang baik. Urat-urat kenyal yang menjadi jambatan penghubung antara tulang pelvis akan menebal dan memanjang. Inilah datangnya sistem kestabilan terbaik untuk menahan sebarang gegaran dan asakan !

6. Otot-otot rahim yang kuat. Otot endometrium ini memang otot-otot yang kuat sehinggalah membolehkan kontraksi (sakit nak bersalin) berlaku semasa proses kelahiran.

7. Rahim mampu membesar 20 kali ganda saiz asal dan menampung 1000 kali ganda kapasiti asal ! Tak hairanlah, ada yang mampu lahirkan kembar 7!

8. Sistem pertahanan. Biasanya, kalau badan kita dimasuki objek asing, secara automatik sistem imun kita akan menyerang dan membunuh objek asing tadi. Tapi tidak dalam kes bayi dalam kandungan rahim ibu. Secara logiknya, hampir 50% genetik bayi adalah daripada si bapa (bukan makhluk asing). Jadi sepatutnya bayi tadi ditolak oleh sistem imun ibunya, tapi ini tak berlaku ! Menarikkan ?

9. Janin bebas jangkitan. Contohnya, kalau si ibu positif HIV, janin dalam rahimnya adalah selamat daripada jangkitan HIV ! Jangkitan hanya berlaku jika berlaku percampuran darah semasa proses kelahiran. Subhanallah ^^

teringat ika pada doktor yang merawat ika di minggu ke 18. ika nie punyalah risau dengan bayi dalam kandungan. risau takut jadi pape kat bayi dalam tu. tapi bila scan, doktor siap bagi nasihat semua tu. banyak yang doktor tu nasihatkan pada ika nie tapi yang paling terkesan kat ika adalah ika kena yakin yang anak dalam kandungan ika selamat kat dalam rahim. Rahim Ibu adalah tempat paling selamat. sampai sekarang ika ingat ayat doktor tu.

Read More

Pregnant ! | Minggu 23


Minggu 23

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.

Tubuh anda
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.

minggu ke 23 nie, perut ika tiba-tiba mengeras. dalam dua malam jugaklah dia dok mengeras. so, ika decide untuk pegi scan. Alhamdulillah, masa scan tu doktor cakap baby sihat. yang mengeras tu lebih kurang contraction la. tapi doktor cakap takde ape. ika just kena banyakkan berehat. nakal jugak baby nie ye. hahahahaha ! ika pulak jenis cepat gelabah. sabar je lah kan.

masa scan nie, doktor dah bagitahu jantina tapi biar je lah dulu kan. nanti dah lahir, baru ika bagitahu. kuikuikui. sebelum tahu jantina ape tu, ika dengan suami dah siap beli barang baby. nampak tak betapa excited nya kami ? hahahaha . cuma ada sikit je lagi yang belum beli. ika dan suami memang nak setelkan barang baby dulu baru setelkan barang ika pulak.

dalam pada kena banyakkan berehat tu, ika ada jugaklah masuk kampung orang asli buat pemantauan kat tangki air. hehehehe. tapi takdak la sampai kena panjat ke hape. kadang bosan jugak dok ofis. ingat seronok ke ? hahahaha. ika jenis suka keje luar. bila kena dok ofis je nie, memang rasa bosan sangat. nampaknya tahun depan la baru ika pulun keje luar :P

Read More

Baby Bergerak !


sejak dah boleh rasa pergerakan bayi dalam kandungan nie, rasa seronok sangat. seronok yang tak tahu nak describe macam mana. seriously kadang-kadang tu curious jugak la kan ape yang baby dok buat dalam tu. hahahahaha ! macam ika, bayi ika nie paling aktif waktu malam. bila ika dah nak tido, dia pon mula lah aktif.

pertama kali ika dapat rasa bayi ika gerak adalah masa minggu ke 19 kalau ika tak silap. sekarang ika dah masuk minggu ke 24. dah macam-macam ika rasa pergerakan. heeee. masa mula tu memang terkejut la. tak pernah rasa macam tu. mula tu ada rasa cam geli tapi akhirnya jadi seronok pulak. hahahahaha ! doakan ika dan bayi ika selamat semuanya ye ;)
Read More

Pregnant ! | Minggu 22


Minggu 22

Bayi Anda

Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.

Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.

minggu ke 22 nie takdak ap nak dikongsikan melainkan ika punye semput dah makin kerap. tabah je lah ika. ika banyak dok rumah sahaja dan pegi ofis. banyak berehat je minggu ke 22 nie sebab taknak bagi asthma tu makin teruk. pengalaman mengandung yang pertama nie buat ika rasa kena berhati-hati. bila takde pengalaman, jadi makin risau. doakan segalanya dipermudahkan untuk ika :')

Read More

Peranan Suami Bila Isteri Hamil

waaaaaa ! dah lama tak update blog. bukan sebab sibuk tapi sebab malas dan malas yang teramat sangat nak update blog nie. hahahahaha ! so, kali nie meh la ika share sikit kemalasan ika nie kat korang . ehhh ! bukan. ika nak share peranan suami bila isteri hamil. maklum la ika pon tengah mengandung sekarang nie. info nie ika dapat di facebook Info Ibu Hamil . korang boleh klik SINI












yang no 5 tu best ! hahahahaha . so, inilah antara peranan suami bila isteri hamil. sesungguhnya janganlah amik mudah bila isteri mengandung. sensitif nya lain macam. hahahaha !

Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com