Pregnant ! | Minggu 21


Minggu 21

Bayi Anda
Bayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap malam tidur anda diganggu. Jika hal ini terjadi kepada anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan cara ini akan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.


Tubuh Anda
Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.

baru sahaja melepasi minggu ke 21. ika sebenarnya dapat rasa pergerakan baby ika nie masa minggu ke 19 lagi kalau tak silap ika. dapat rasa ada sesuatu bergerak dalam perut. hahahaha ! mula tu rasa geli. lama-lama dah terbiasa. masa nurse check degupan jantung baby pakai alat ape entah, pon dok bergerak-gerak. seronok ye :P

paling aktif baby bergerak pada waktu malam. bila mama dia nak tido. aktif kemain. seronok bila dapat rasa baby gerak. bila tak rasa, mama dia mulalah menggelabah. wakakaka. minggu nie ika dah masuk kerja seperti biasa. dan minggu nie jugaklah ika kena attack dek asthma. phewwww. banyak dugaan btol. doakan ika dan baby sentiasa sihat hokey ? :)
Read More

Panduan Penjagaan Kehamilan

entry kali nie ika nak share topik berkenaan Panduan Penjagaan Kehamilan. seperti biasa lah kan. ika dapat info nie masa baca di page Info Ibu Hamil. korang boleh tengok kat sini https://www.facebook.com/iihamil/posts/1858418471042174. sama-sama kita dapat manfaat. heee











Read More

Pregnant ! | Minggu 20


Minggu 20

Bayi Anda
Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi anda kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.

Tubuh Anda
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing.

di minggu ke 20 nie, ika sepatutnya kena buat scan kat klinik kesihatan. kalau ikut pada buku pink tu lah. doktor dah tulis kat situ ika kena scan masa minggu ke 20 tapi nurse yang jaga ika tak booking untuk scan minggu ke 20. so, postpone ke minggu ke 24 memandangkan booking pon dah full.

so, ika pon apa lagi... balik kampung la kat Kota Bharu. hahahaha ! sekarang nie perut pon dah nampak. dah tak boleh nak sorok. hehehe. masa minggu ke 19, nurse ada buat yang nak bagi dengar degupan jantung baby tuu. seronok dan terujaaaaaa yang amat.

Read More

Masalah Tidur Yang Sering Dihadapi Ibu Hamil

dah lama tak update blog. so, meh la ika share dengan korang berkenaan masalah tidur yang sering ibu-ibu mengandung hadapi. dan ika akan share pengalaman ika jugaklah sepanjang mengandung nie. ika baca benda nie kat page Info Ibu Hamil. kalau korang nak tahu banyak lagi info, boleh la ke page Info Ibu Hamil, https://www.facebook.com/iihamil/posts/1855977231286298.



untuk trimester pertama nie, ika rasa semua ika alami. cuma yang 'morning sickness' tu ika kena pada sebelah malam. heeeee. ika rasa trimester pertama la yang paling memenatkan. dengan takde sebarang pengalaman, nak kena hadapi semua tu. tapi fikir pasal anak, kena KUAT ^^


sekarang ika di trimester kedua. untuk trimester kedua nie ika selalu alami hidung tersumbat. yang nie boleh dikatakan setiap malam. jenuhh . hahahaha ! tabah je lah kan demi anak. yang mimpi bukan-bukan tu ika pernah dapat. tapi bukan selalu. kalau tak silap ika, sekali je pernah mimpi mengarut sungguh.


yg trimester ketiga nie, coming soon. . tinggal beberape minggu lagi nak melangkah ke trimester ketiga. semoga ika makin kuat. hikss. doakan ika dan baby ok dan sihat kedua-duanya ^^
Read More

Pregnant ! | Minggu 19


Minggu 19

Bayi Anda
Sama seperti anda, janin dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul. Janin anda sudah menjangkau 23 sm dengan beratnya kira-kira 285 gm.

Tubuh anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan.

baru berkesempatan nak update blog. kuikuikui. di minggu ke 19 ika, ika ade check up di klinik desa. check up yang setiap bulan tu je. so, untuk minggu ke 19, ika diberikan suntikan kancing gigi. udah la ika nie takut jarum, kena pulak suntik. nurse siap cakap kena suntik 2 kali. so, next suntik lepas sebulan. ayokkkkk .

masa nak suntik tu pon ika siap tanya nurse tu sakit tak suntik nie. hahahahahaha ! sabar je lah nurse tu dengan ika. kali nie kena menunggu agak lama walaupun ika orang ketiga yang sampai. tapi disebabkan dua yang depan ika tu baru nak bukak buku, so, memang amik masa jugaklah. tapi ika ok je menunggu sebab memang dah amik cuti :P

Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com