The Boss Baby | Movie


ika baru sahaja dapat tengok movie nie sebenarnya. agak ketinggalan ika nie. kahkahkah ! tapi nak review jugaklah sikit tentang movie The Boss Baby nie.

SINOPSIS :
Film animasi komedi barat berjudul “The Boss Baby” ini menceritakan tentang sebuah keluarga dengan kehadiran seorang bayi, di mana bayi ini boleh bercakap dan menjadi seorang bos namun tidak diketahui oleh keluarganya.

Bermula dari sebuah keluarga biasa dan menggambarkan dari sudut pandang seorang anak lelaki berusia 7 tahun bernama Tim, dalam kehidupan keluarganya dia memiliki keluarga dengan kedua ibu bapa yang menyenangkan dan hingga seorang bayi hadir ke dalam keluarganya membuat segalanya berubah.



Kedua ibu bapanya menjadi lebih banyak menghabiskan waktu bersama bayi tersebut dan hingga suatu ketika Tim mendapati bahawa bayi tersebut bukanlah bayi biasa akan tetapi boleh bercakap seperti orang dewasa dan menjadi seorang bos.

kredit Sinopsis Film.

cerita nie bagi ika sangat menarik. seronok tengok baby tu dengan abang dia. hahahaha ! kelakar ada, sedih pon ada. comel sangat diorang berdua tu. pada ika jalan cerita dia takde la bosan bila mana kau sangat teruja tengok baby tu. paling ika suka part diorang proses baby tu. hahahaha. comel sungguh :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com