Janna kena bedung !

Alhamdulillah. Janna kesayangan ika dan suami dah masuk 4bulan. maknanya dah sebulan Janna maktok dia yang jaga. terima kasih Mak ! sepanjang Janna dok dengan maktok dia, Alhamdulillah mak cakap Janna ok tapi banyak ragam. Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! ika selalu pesan dekat Janna jangan menyusahkan maktok. walaupun ika tahu Janna bukan faham pon. tapi bila ika melayan Janna, ika akan cakap pada Janna, jangan susahkan maktok. bagi maktok rest jugak. lama-lama nanti mana lah kita tahu dia akan faham jugak.



buat masa sekarang ika belum tergerak lagi nak bagi dia buai. kalau boleh memang nak sangat elak bagi dia buai. selagi boleh elak, ika elak lah. tapi kalau nampak macam dah teruk sangat, terpaksa la kan. disebabkan ika tak bagi buai, makanya maktok Janna bedungkan dia la setiap kali dia nak tido.

seriously Janna nie senang nak bedung dia. mungkin dah biasa dari dalam pantang lagi. hahahaha ! bila dah kena bedung, memang Janna akan tido lebih lama. kalau tido malam, Janna akan tido berkepit dengan ika. mungkin bila dah bedung dia rasa lebih selesa. lagipon ini budak suka sangat alahai terkejut.

bedung nie bukan menyakitkan budak tu. budak akan sakit bila bedung tu ketat. so, takyah la bedung ketat-ketat. cukup sekadar dia selesa. kalau dah meraung, tak selesa la tu. takkan kita nak tengok anak kita menangis meraung ye dok ? hahahaha

masa dalam pantang, ika ada beli bedung instant untuk Janna tapi sempat pakai kejap je sebab budak nie cepat debab cepat besar cepat panjang. makanya tak dapatlah bagi pakai lama. nie pon maktok dia bedung dengan kain batik. heeee

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com