DIY Wooden Monitor Organizer Rack- Black | Shopee

yuhuuuuu. shopping online lagik ! kali nie ika beli DIY Wooden Monitor Organizer Rack warna hitam. daripada dulu lagi officemate ika tahu perangai ika yang suka kemas meja ofis ika patplohblas kali. ika sejenis yang tak boleh dok diam. ini serius. hahahahaha ! bila ika stress, ika akan kemas meja ika :P


ika beli rak nie dekat Shopee. nama kedainya, Odoso. ika beli dengan harga RM28.71. ika rasa sangat puas hati dan berbaloi dengan harganya. ika memang dah lama nak beli rak untuk letak pc ofis nie. sebab bila ika letak kat bawah, kepala ika lagi tinggi dari skrin tu. setiap kali orang bukak pintu ofis tu terutama sekali orang luar la kan, diorang akan nampak ika. hahahaha ! ika kalau boleh taknak orang nampak ika yang tekun buat keje :P

sebelum ika beli rak nie, ika ada survey 2-3 biji rak yang lain untuk letakkan pc tu. lastnya berkenan yang nie sebab keyboard ika tu ika boleh sorokkan kat dalam tu bila dah tak pakai, so ika boleh menulis dengan tenang kat situ. sebelum nie, sangatlah makan space. meja dah la tak sebesar mana pon. saiz rak nie adalah 48cm x 20cm x 10cm.

korang boleh ke Odosohttps://shopee.com.my/sokano atau korang boleh klik sini untuk tengok rak yang ika beli nie, https://shopee.com.my/product/3140686/160133577/. tak rugi ika beli. sangat puas hati ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com