bekal ke pejabat

sejak suami ika balik dok Ipoh setahun yang lepas, ika dah mula bawak bekal ke pejabat. suami ika pon sama. suami ika jenis yang tak suka makan kat kedai. jarang jarang sekali ok la. so, kami balik keje, ika akan bertukang kat dapur untuk siapkan makan malam dan untuk kami bawak bekal esoknya. benda nie sampai sekarang kami buat. tambah pulak sekarang mak mertua ika dah dok dengan kami kat Ipoh. lagilah macam-macam menu. hahahaha !


macam nie rupa bekal ika setiap hari. mangkuk 3 tingkat dengan air masak 2 liter. Insyaallah akan habis kedua-duanya. hahahaha. sekarang dah mula istiqamahkan diri sendiri supaya habiskan air masak sekurangnya 2 liter sehari. ais dah lama tak sentuh lepas dah bersalin. tak tahu la sampai bila nak pantang ais. selagi mampu, pantang je lah ais tu. ada jugak baiknya untuk badan.

satu je ika boleh cakap yang sebenarnya jangan malu untuk bawa bekal ke pejabat. kenapa masa sekolah dulu kita tak malu bawa bekal ke sekolah tapi sekarang kita malu nak bawa bekal ke pejabat. biarlah orang nak kata kita jimat ataupun kita takde duit nak beli makanan kat luar, biarlah mereka. sebab hanya kita yang tahu apa yang kita nak ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com