Autumnz - Milk Collection Cups (2pcs)

asyik share barang yang ika belikan untuk Janna je kan? kali nie ika nak share satu barang yang ika belikan untuk kegunaan ika sendiri. bagi ibu ibu yang menyusukan anak dan bekerja, boleh la try guna barang yang ika nak sharekan dengan korang nie.


ika beli Autumnz Milk Collection Cups. ibu ibu yang menyusukan anak mesti alami keadaan di mana bila kita pam sebelah, yang sebelah lagi pon susu keluar. kan ? sayang kan susu yang keluar tu kalau kita tak tadah. ada ika tengok kat fb sampai boleh dapat 3oz hanya dengan tadah sebelah.

ika beli milk collection cups nie dekat Shopee. korang boleh tengok kat sini, https://shopee.com.my/product/6478812/275416249/. ika beli dengan harga RM22.43. harga mampu milik ye. tak mahal pon bagi ika sebab benda nie sangat berbaloi bagi ika. nama kedai yang ika beli tu pulak ialah Baby Hero Store. korang boleh klik sini, https://shopee.com.my/babyherostore untuk tengok barang lain yang diorang jual.



Features :
 Made of 100% Food Grade Polypropylene (PP)
 Safe and non toxic (BPA Free and Phthalates Free)
 Collect and save more breastmilk throughout the day
 Spout that eases transfer of breastmilk to strerilised storage bottle/bag and promotes airflow
 Fot comfortably to the breast
 Help to protect sore nipples from friction
 Reusable and easy to clean

ika bukan seorang yang suka pam dua dua belah sekali. ika hanya pam sebelah dalam satu masa dan sebelah lagi ika tadah dengan milk collection cups nie. memang dapat hasil dan tak rasa membazir susu tu. tapi cups nie hanya boleh pakai masa duduk sahaja. kalau masa menyusukan baby sambil mengiring, tak boleh. nanti keluar pulak susu tu. heee. tapi tak tahu la kot ada yang dah try dan boleh.

ika sangat syorkan pada ibu ibu yang menyusukan baby diorang dan masih bekerja macam ika nie. heee. ika hanya pakai waktu keje sahaja. bila travel dengan Janna, ika kebanyakannya pakai Autumnz Washable Breat Pad untuk elak baju basah. hahahaha.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com