Autumnz Deluxe Cooler Bag *Oxford* (Lake Blue)

kali nie ika nak share dengan korang salah satu keperluan ibu ibu bekerja yang masih menyusukan anak. macam ika. ika bekerja dan ika masih menyuskan Janna. maka, kat ofis kenalah pam. kalau tak kena bengkak susu kang. perghh tak tahu la kan sakit tu macam mana. ika belum pernah kena lagi. masa masuk hospital kena hypertension dulu, nurse bagi pam suruh pam susu. heeee

sebelum masuk keje bulan 9 yang lepas, suami ika belikan ika cooler bag nie. yang nie kitorang tak beli online. suami bawak pegi kedai. kikiki. tapi ika rasa harga online lagi murah. suami suruh pilih mana yang berkenan. ika pon pilih la walaupun takde yang berkenan. kahkahkah ! sebab ika dah aim satu yang online tapi kat kedai takde pulak.

lastnya ika pilih Autumnz Deluxe Cooler Bag *Oxford* warna Lake Blue. yang nie ade dua warna je masa ika nak beli tu. disebabkan malas nak fikir dah, ika pilih yang nie.



Features :

 Holds up to 8 standard neck bottles measuring 5oz
 Holds up to 8 bags of filled Autumnz Double Ziplock Breastmilk Storage Bags (7oz each)
 2 separate compartments - bottom compartment to store your breastmilk, ice gel and the top compartment to store your breastpump.
 Spacious room to fit Autumnz Bliss, Autumnz Blossom, Autumnz Carey, Autumnz Swift, Autumnz Serene, Autumnz Essential, Medela Swing Maxi, Medela Swing Harmony, Avent Isis Manual, Avent Isis Uno.
 Wide opening when unzipped giving easy and spacious access to the interior.
 Fully insulated (with padding) to keep breastmilk cooler for a longer time.
 High quality waterproof and dirt-resistant outer layer making it durable and easily maintained (wipe with a damp cloth)
 Durable zippers with stylish bucklets that give a touch of sophistication.
 Comes with a sturdy hand carry handle - for hand carry.
 Comes with a detachable and adjustable shoulder sling strap - or adjust to the smallest setting for hand sling.



yang nie beg ika. bahagian atas untuk simpan pam susu. disebabkan pam susu ika kecik je, banyak la space lagi. habis ika sumbat benda alah lain jugak termasuklah powerbank, autumnz double ziplock breastmilk storage bags, tisu basah, pen, sticker untuk lekatkan tarikh. itu je lah kot. hahahaha !

kat bawah ika simpan susu. ika guna ice brick satu ketul dan 2 pek reusable ice pack. memang akan tahan lama. tapi kalau korang nak keluar kejap je, pakai ice brick pon dah cukup. ika nie dok ofis lama. hampir 12 jam keluar rumah. so, ika tambah la ice pack tu untuk bagi susu tahan lama.

setakat yang ika pakai nie, Alhamdulillah sangat ok. sangat best. recommended untuk ibu ibu bekerja macam ika nie ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com