Pengalaman Bersalin | Part III

bersambung dari Part II

then, nurse tolak ika ke OT. suami ika ikut sampai pintu bilik OT sahaja. ika sempatlah salam tangan suami. masa tu dah nangis nangis dah sebab sakit sangat. masa dalam OT, yang ika ingat, diorang bagi ika peluk bantal. lepastu diorang cucuk kat belakang. epidural namanya. masa tu dah mamai. bila diorang cucuk kat belakang tu pon rasa sakit ohoii. then, tak sedar ape-ape dah. bila ika sedar, ika dengan ade baby nangis-nangis. sayup-sayup je tangisan tu ika dengar. lepastu, doktor tunjuk baby ika dekat ika. lepastu langsung tak sedar ape dah. sedar je dah kat luar OT. diorang tengah tolak untuk masuk wad.

ika selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 14 Jun 2017, seberat 2.55kg, pada pukul 5.33pagi. lepas je dengan dengar tangisan baby tu, ika dengar azan Subuh T_T

selesai operate, ika ditolak ke wad HDU. kat sana doktor cakap baby ika ade kat wad lain sebab ada masalah pernafasan masa lahir. makanya, ika tak sempatlah nak pegang baby ika tu lagi pada hari pertama dia lahir. suami ika pulak pagi tu pegi amik Mak kat kampung. tengahari masa melawat suami dan Mak datang jumpa ika. suami ika je lah yang pegi tengok baby kat wad lain tu. ika pulak semalaman jugaklah bermalam kat wad HDU tu sebelum diorang tukarkan ika ke wad biasa.

15 Jun 2017 (Khamis)

hari nie nurse datang hantar baby ika nie pada ika. first time peluk anak sendiri. lain macam rasanya. heeee. satu perasaan yang tak dapat digambarkan bila tengok zuriat sendiri. bila tengok anak yang dikandung selama 38minggu akhirnya dah ada kat depan mata. Alhamdulillah Ya Allah untuk anugerah ini.


baby ika nie diberi nama Naba' Jannatu Syauqiyah Binti Baharudin. Naba' diambil sempena nama surah An Naba' yang bermaksud Berita Besar ataupun Berita Gembira. baby nie adalah berita gembira buat kami suami isteri setelah hampir setahun menunggu. Jannatu Syauqiyah pulak bermaksud Syurga Yang Dirindukan. dia adalah syurga kami. syurga yang kami sentiasa rindukan.

mama dan papa doakan anak mama dan papa ini akan jadi anak yang solehah, dengar cakap mama dan papa. mama dan papa harap Janna membesar dengan sihat walafiat. kami sayang Janna.

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com