Pengalaman Bersalin | Part II

bersambung dari Part I

14 Jun 2017 (Rabu)

pukul 12 tengah malam ika masih lagi di 'bilik kritikal' itu. 4-5 orang doktor dok keluar masuk bilik ika. sebelum nie diorang dah cucuk branula kat tangan belah kanan, sekarang nie diorang cucuk pulak branula tu kat belah kiri. makanya, dua dua belah tangan ika ber'branula'. wakakakaka. sakit kena cucuk yang tadi tak hilang lagi. tambah lagi sakit yang nie. hahahaha !

belah kanan ika, doktor lelaki tengah cucuk ubat ape ika pon taktahu. yang belah kiri pulak doktor perempuan tengah cucuk ubat sawan. doktor siap cakap yang ubat tu nanti akan rasa panas. serius memang terasa weii panas tu kat dalam badan. lengan ika kiri kanan dah penuh dengan kesan cucuk jarum. paling sakit bila diorang amik darah kat pergelangan tangan. sakitttttt sungguh. dua-dua belah pulak tu. tapi masa tu dah tak boleh nak fikir ape dah. memang pasrah. pasrah sepasrahnya.

itu baru part kena cucuk. pukul 12 lebih kalau tak silap ika doktor pecahkan air ketuban ika. doktor bagi masa 4 jam untuk check bukaan ika. masa awal tu bukaan baru 3cm. yang diorang main seluk check bukaan tu ika tak rasa sakit sangat. bila dah pecahkan air ketuban tu barulah rasa air ketuban tu keluar elok je. lepastu bermulalah contraction 15minit sekali, 10minit sekali dan 5minit sekali.

masuk jam ke 3. contraction ika dah mula 5minit sekali. sakit contraction. Allahu. tak tergambar dengan kata-kata. ika mintak nurse panggil suami ika masuk. ika dahaga sangat dah masa tu sampai bibir ika kering sangat. mintak izin nak minum air tapi diorang tak bagi. lastnya, nurse bagi minum air ape ika pon tak sure dalam botol kecik-kecik comel camtu. walaupun tak banyak tapi cukuplah untuk ika. bersyukurlah.

dalam masa 4jam lebih tu, kiri kanan ika penuh mesin. mesin check tekanan darah for sure la ade sebab ika masuk situ pon sebab tekanan darah ika tinggi. then, diorang check jantung ika. bacaan tu pon tak berape cantik. bila ika fikir balik, banyak masalah ika nie ye. hahahahaha ! tekanan darah ika tu setiap 15minit nurse akan datang check. memang ika tak kesunyian pon dalam bilik tu. nurse dan doktor keluar masuk sepanjang masa. hikss

doktor bagi masa 4jam untuk bagi peluang ika bersalin normal. kalau masih takde bukaan, makanya kenalah operate sebab air ketuban pon dah makin berkurang. masa contraction, nasib baiklah suami ika ada. dialah yang jadi mangsa tempat ika menahan sakit. habis dicengkam lengan dia. sakit sangattttt.

akhirnya pukul 4pagi lebih, doktor check bukaan baru 4cm, makanya doktor decide untuk emergency operate. nak selamatkan baby dan ika yang masa tu pon dah tak boleh bernafas. lagipon ika ada bronchial asthma. doktor mintak sign surat ape pon ika dah tak tahu sebab masa tu memang sakit contraction tu kuat sangat tapi sign jugaklah walaupun dah takde rupa sign. kahkahkah ! masa nie, suami ika masih di sisi temankan ika. sayu je tengok muka dia.


nanti ika sambung lagi ye. ika sambung cerita dalam OT pulak. hikss. lepastu dah habis :P

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com