Pengalaman Bersalin | Part I

entry kali nie ika nak share pengalaman ika melahirkan anak ika yang pertama. pengalaman paling berharga haruslah dicoret untuk dijadikan kenangan. walaupun dah 3bulan berlalu tapi nak share jugak dengan korang. lagipon ini pengalaman pertama ika.

13 Jun 2017 (Selasa)

ika pegi keje macam biasa dah start pukul 9pagi ika meneruskan rutin ika macam biasa iaitu start kira pergerakan baby. biasanya baby ika nie pukul 3-4petang macam tu dah cukup kiraan 10 pergerakan tapi malangnya tidak pada hari tu. kebiasaannya ika akan pasang surah-surah amalan sepanjang mengandung dan baby akan kick. tapi haritu baby sangat tidak aktif.

ika decide untuk tunggu sampai suami ika amik ika balik ika dalam lebih kurang pukul 6.00petang camtu la. lepastu kitorang terus ke Hospital Ipoh. jarak ofis ika ke hospital tak jauh pon. lagi pulak masa tu ika tak rasa sakit ape pon. baby sahaja yang tak aktif. pukul 6petang pon baby masih belum cukup 10pergerakan.

sampai je kat Dewan Bersalin, ika terus p daftar kat kaunter dan bagitahu la kat diorang yang baby ika tak cukup pergerakan. masa tu ika dah 37minggu. lepastu nurse kat situ terus bagitahu doktor dan terus diorang check ika. doktor bagitahu yang air ketuban ika dah berkurang. seriously ika memang tak tahu bila masa air ketuban tu keluar. mungkin dia keluar sikit-sikit sebabtu tak perasaan. makanya, doktor suruh admit wad sebab esoknya diorang nak induce ika untuk bagi bersalin.

ika bagitahu la kat suami suruh pegi daftarkan ika untuk masuk wad malam tu. sementara suami ika pegi daftar wad tu, doktor cucuk jarum a.k.a branula kat tangan nie. ika dapat malam tu yang warna hijau tu. perghhh. cucuk kat tangan belah kanan. lepas dah kena cucuk jarum tu, ika cuba la buat cubaan pergi merayau rayau cari suami ika konon nak mengadu la sakit kena cucuk. kahkahkah ! tapi memang dah nangis pon masa kena cucuk tu. doktor yang cucuk tu siap bagi semangat. nice doktor ! ^^



then, nurse panggil nama ika untuk masuk wad. sebelum nak check in wad tu, nurse check tekanan darah ika. disebabkan ika baru je lepas kena cucuk jarum dan ika nie pulak sejenis yang mudah gelabah, tekanan darah naik sampai 189 yang atas. masa tu suami ika ada sekali temankan ika kononnya nak pegi masuk wad dah la masa tu. hahahaha ! suami ika punyalah terkejut tengok tekanan darah tu. dengan nurse sekali pon terkejut. hahahahaha ! diorang suruh bertenang. memang tak boleh nak bertenang dah sebab fikir nak bersalin ohoiii walaupun masa tu sakit nak bersalin takde pon lagi.

makanya ika tak sempat masuk wad pon malam tu. terus ditolaknya ika ke dalam Dewan Bersalin tu. kat dalam tu ada 2-3 bilik kalau tak silap ika. macam bilik pemantauan. ika panggil bilik orang kritikal. kahkahkah ! bila ingat balik seram jugak bilik tu sebab ade macam macam mesin, macam macam bunyi, doktor sampai 4-5 orang. nurse lagi. hehehehe. lebih kurang pukul 12 malam bermulalah episod proses kelahiran baby ika nie . .


nanti ika sambung part II pulak ehh. macam panjang sangat pulak. hahahahahaha ! tabahlah ye. kalau rajin, bacalah :P

2 comments:

  1. Eksaited nk baca pengalaman seterusnya. :)

    ReplyDelete
  2. Dah lama gila tak melawat blog ni. Congratulations kak ika 💕

    http://aimisyafiqah.blogspot.my/2017/09/back-to-school.html

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com