Nursing Pillow

masa ika tengah mengandung dulu, bos ika pernah hadiahkan ika nursing pillow a.k.a bantal menyusu. nursing pillow nie bos ika yang punya. dia pon dah tak pakai. makanya, bos bagi dekat ika. dapatlah ika jimat. hahahahaha ! then, ika beli kain meter sikit untuk jahit sarung baru dekat nursing pillow nie.


meh la ika share ape fungsi dan kebaikan nursing pillow nie. korang boleh tengok kat FB Dr Nurhaya Lactation Center.

memudahkan proses penyusuan berlaku.
membantu memberikan keselesaan kepada ibu/bapa untuk menyusukan bayi dan meletakkan bayi dalam posisi yang betul ketika menyusu, sekaligus membantu mengurangkan kesakitan dan stress di bahagian belakang leher dan juga bahu.
merehatkan bayi anda dengan selamat. lengkungan 'U' yang direka ini membolehkan bayi berehat dengan selesa dan selamat. hanya dengan meletakkan bayi anda di antara celah-celah lengkungan dengan kepala bayi di atas bantal.
membantu bayi ketika meniarap. nursing pillow ini menyokong keperluan bayi untuk menguatkan otot leher, bahu dan belakang semasa meniarapkan bayi anda.
memudahkan menyalin pakaian atau lampin bayi yang berumur dalam lingkungan 3 hingga 5 bulan. ia sangat mudah kerana nursing pillow ini sangat membantu kerana rekaannya yang mengelilingi bayi.
mudah dibawa ke mana sahaja.

setakat pengalaman ika guna nursing pillow nie memang best dan selesa sebenarnya. Janna pon ika tengok selesa je bila ika letak dia atas nursing pillow nie. dan ika pon tak rasa lenguh-lenguh kat bahagian belakang badan. dan masih jugak boleh 'eye-contact' dengan Janna ;)

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com