Multi-Purpose Layer Home Storage Rack Shelf - 3 Layer | Lazada (UPDATE)

ika penah share dengan korang sebelum nie barang yang ika beli nie iaitu Multi-Purpose Layer Home Storage Rack Shelf - 3 Layer. barang nie ika beli kat Lazada. korang boleh baca kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2017/05/multi-purpose-layer-home-storage-rack.html. sekarang ika nak update balik berkenaan barang tu sebab ika dah pakai dah. heee


masa pantang yang lepas, ika berpantang rumah mak mertua. makanye benda nie tak pakai sangat. pakai just untuk letak barang camtu je lah. itupon letak kat satu tempat je. takde gerak gerak ke hape. balik rumah ika kat Ipoh, barulah ika praktikkan benda alah nie. ika susun semua barang-barang baby ika. disebabkan ika nie jenis yang duduk merata, ika heret la storage rack nie merata. hahahaha !

kalau rasa nak dok kat ruang tamu, ika heret ke ruang tamu. kalau tibe-tibe rasa nak dok dalam bilik, heret masuk bilik pulak. sangat memudahkan keje ika untuk tukar lampin baby atau ape saje lah berkaitan baby. ika tak payah dh nak angkut barang-barang dia letak satu tempat untuk siapkan baby. sangat recommended :)

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com