Hypertension

ika selamat bersalin pada 14 Jun 2017. ika nak share pengalaman ika dekat korang. lepas bersalin tu, ika dapat hypertension. sepanjang ika mengandung, bacaan tekanan darah ika tak pernah tinggi. semuanya normal. sebelum diorang tolak ika untuk masuk wad bersalin, baru diorang detect tekanan darah ika sangat tinggi.

lepas bersalin, diorang setiap hari check tekanan darah ika. dalam masa 6hari ika dok dalam wad tu, setiap hari diorang datang check tekanan darah dan tekanan darah tu tak pernah cantik bacaannya. maksudnya bacaan tekanan darah ika sentiasa tinggi. ika pon tak tahu kenapa. ika dah cuba bertenang tapi masih jugak tinggi. sebab tu la sampai dekat seminggu jugaklah berkampung kat wad.

hari ke 6, doktor discaj ika. itupon bacaan masih belum elok jugak. petangnya ika balik ke kampung suami. hari ke 7, nurse datang rumah untuk check ika dan baby. bila check tekanan darah ika, yesss. masih jugak tinggi.

nurse refer ika ke klinik kesihatan. dekat klinik tu, diorang check lagi tekanan darah dan masih tinggi. diorang bagi ika rehat. lepastu diorang check lagi, masih jugak tinggi walaupun dah makan ubat. akhirnya doktor refer ika hospital. makanya masuk wad sekali lagilah ika cuma kali nie hospital lain dan wad lain. masa doktor suruh masuk wad, ika dah menangis sakan. mana taknya. nak kena tinggal Janna kat rumah. suami ika pulak takde dengan ika masa tu.

diorang hantar ika ke hospital dengan ambulans. itulah pengalaman pertama ika naik ambulans. lajunyaaaaaaa rasa nak terbukak jahitan operate. hahahahaha ! mak mertua ika call suami. petangnya suami ika datang. bila suami dah depan mata lagilah air mata bercucuran. kahkahkah


ika sempat masuk wad satu malam sahaja. masuk malam yang kedua, ika dah tak tahan sangat. ika stress. ika rindu Janna. ika rindu suami. suami pulak keje kat Ipoh. terpaksa ulang alik Ipoh-Taiping. petang hari kedua, ika dah tak boleh nak tahan sangat dah. ika menangis depan suami. mintak dengan suami yang ika nak balik rumah. ika taknak dok hospital dah. bila fikir balik macam orang tak betul dah malam tu.


suami ika pegi jumpa doktor. mintak kebenaran untuk bawak ika balik. doktor tak bagi sebenarnya. doktor mintak suami ika pujuk ika supaya bertenang. tapi masa tu ika dah tak tentu hala. suami pon dah tak boleh nak buat ape, dia panggil mak mertua ika pulak suruh datang pujuk. ika masih tetap dengan keputusan ika. akhirnya, doktor bagi ika balik tapi kitorang kena sign la beberapa surat. surat tanggungjawab sendiri sekiranya berlaku apa-apa pada ika.

yes ! memang ika akui ika agak degil. tapi ika dah tak boleh bertahan. dan ika tahu bahaya Hypertension nie. cuma masa tu ika fikir takde guna ika masuk wad. tekanan darah ika masih tinggi. ika nak balik berehat dekat rumah. nak balik peluk cium Janna. ibu mana tak rindukan anak dia T_T

hari ke 8 ika balik rumah. dari hari ke 8 sampai la ika habis pantang, nurse akan datang check tekanan darah ika setiap hari. setiap 2minggu ika akan ke klinik O&G untuk review tekanan darah ika. Alhamdulillah, akhirnya setelah 7minggu lebih ika bertarung dengan Hypertension, ika dah bebas dari penyakit nie. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

 tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin.
 jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pre-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya.
 tekanan darah anda perlu diambil sekali lagi dalam masa empat jam jika anda tiada tanda-tanda lain.
 eklampsia boleh terjadi semasa hamil, semasa melahirkan atau malah selepas bersalin.
 ia juga boleh berlaku sehingga empat minggu selepas bayi dilahirkan, terutamanya jika praeklampsia itu teruk.
 eklampsia berlaku apabila membran otak (membran serebrum) menjadi terengsa.
 ini boleh menyebabkan sawan atau konvulsi.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com