90 Hari Sudah Berlalu


hari nie ika dah mula kerja selepas bercuti selama 90 hari. cuti bersalin ohoii. terasa kejap je masa berlalu. dh masuk 3bulan sikecik tu. itu lah antara sebab kenapa blog nie sunyi sepi tak berupdate. tuannye dalam tempoh berpantang dan kalau kat rumah sangat sibuk dengan sikecik tu. laptop pulak kena Trojan. perghhhh! taktahu nak sedih ke gembira. hahahaha

masuk keje hari nie terus kena masuk meeting. tabah la ika. dan hari nie jugaklah first time ika tinggal sikecik tu. kalau ikutkan pernah dah sekali tinggal dia sebab ika warded. satu malam jugakla tinggal dia. masa tu baru 8hari lahirkan dia.

sekarang bermulalah rutin macam dulu. pegi keje dan balik keje cuma beza balik keje kali nie ade orang sambut. hahaha ! tak sabar nak balik keje setiap hari sebab ade sikecik yang sambut.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com