Happy 2nd Month Janna !

14 Jun 2017 - 14 Ogos 2017


selamat ulang bulan yang kedua Janna ! Alhamdulillah anak kesayangan mama papa nie makin bertambah debab. berat umur 2bulan nie bertambah lagi sekilo. sekarang dah 4.5kg. kali nie inject dua bulan kat Ipoh pulak. sebab mama dah balik dok Ipoh. heeee. inject dua bulan nie pon dia menangis kejap je masa inject je.

masa check up tu boleh pulak dia main senyum senyum kat nurse. hahahahaha ! pastu mulalah nangis kejap sebab dah mengantuk. biasalah kan dah masuk waktu tido dia. hikss. umur dua bulan nie Janna dah pandai senyum bila orang agah. lepastu suka ajak mama nie sembang. walaupun sembang ape pon kita tak tahu ye Janna :P
Read More

Happy 1st Month Janna !

14 Jun 2017 - 14 Julai 2017


selamat ulang bulan yang pertama Janna ! Alhamdulillah Janna dah berumur sebulan. check up Janna sebulan untuk inject. masa nak inject tu dia tido. memang waktu tido dia. hehehe. bila kena inject terus menangis tapi kejap je lah masa kena inject tu je. lepas tu sambung tido pulak. terkejut kot. hehehehe

timbang untuk 1bulan nie berat naik 1kilo. makanya berat Janna sekarang dah 3.5kg. Alhamdulillah sayang mama ^^
Read More

Pengalaman Bersalin | Part III

bersambung dari Part II

then, nurse tolak ika ke OT. suami ika ikut sampai pintu bilik OT sahaja. ika sempatlah salam tangan suami. masa tu dah nangis nangis dah sebab sakit sangat. masa dalam OT, yang ika ingat, diorang bagi ika peluk bantal. lepastu diorang cucuk kat belakang. epidural namanya. masa tu dah mamai. bila diorang cucuk kat belakang tu pon rasa sakit ohoii. then, tak sedar ape-ape dah. bila ika sedar, ika dengan ade baby nangis-nangis. sayup-sayup je tangisan tu ika dengar. lepastu, doktor tunjuk baby ika dekat ika. lepastu langsung tak sedar ape dah. sedar je dah kat luar OT. diorang tengah tolak untuk masuk wad.

ika selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 14 Jun 2017, seberat 2.55kg, pada pukul 5.33pagi. lepas je dengan dengar tangisan baby tu, ika dengar azan Subuh T_T

selesai operate, ika ditolak ke wad HDU. kat sana doktor cakap baby ika ade kat wad lain sebab ada masalah pernafasan masa lahir. makanya, ika tak sempatlah nak pegang baby ika tu lagi pada hari pertama dia lahir. suami ika pulak pagi tu pegi amik Mak kat kampung. tengahari masa melawat suami dan Mak datang jumpa ika. suami ika je lah yang pegi tengok baby kat wad lain tu. ika pulak semalaman jugaklah bermalam kat wad HDU tu sebelum diorang tukarkan ika ke wad biasa.

15 Jun 2017 (Khamis)

hari nie nurse datang hantar baby ika nie pada ika. first time peluk anak sendiri. lain macam rasanya. heeee. satu perasaan yang tak dapat digambarkan bila tengok zuriat sendiri. bila tengok anak yang dikandung selama 38minggu akhirnya dah ada kat depan mata. Alhamdulillah Ya Allah untuk anugerah ini.


baby ika nie diberi nama Naba' Jannatu Syauqiyah Binti Baharudin. Naba' diambil sempena nama surah An Naba' yang bermaksud Berita Besar ataupun Berita Gembira. baby nie adalah berita gembira buat kami suami isteri setelah hampir setahun menunggu. Jannatu Syauqiyah pulak bermaksud Syurga Yang Dirindukan. dia adalah syurga kami. syurga yang kami sentiasa rindukan.

mama dan papa doakan anak mama dan papa ini akan jadi anak yang solehah, dengar cakap mama dan papa. mama dan papa harap Janna membesar dengan sihat walafiat. kami sayang Janna.
Read More

Pengalaman Bersalin | Part II

bersambung dari Part I

14 Jun 2017 (Rabu)

pukul 12 tengah malam ika masih lagi di 'bilik kritikal' itu. 4-5 orang doktor dok keluar masuk bilik ika. sebelum nie diorang dah cucuk branula kat tangan belah kanan, sekarang nie diorang cucuk pulak branula tu kat belah kiri. makanya, dua dua belah tangan ika ber'branula'. wakakakaka. sakit kena cucuk yang tadi tak hilang lagi. tambah lagi sakit yang nie. hahahaha !

belah kanan ika, doktor lelaki tengah cucuk ubat ape ika pon taktahu. yang belah kiri pulak doktor perempuan tengah cucuk ubat sawan. doktor siap cakap yang ubat tu nanti akan rasa panas. serius memang terasa weii panas tu kat dalam badan. lengan ika kiri kanan dah penuh dengan kesan cucuk jarum. paling sakit bila diorang amik darah kat pergelangan tangan. sakitttttt sungguh. dua-dua belah pulak tu. tapi masa tu dah tak boleh nak fikir ape dah. memang pasrah. pasrah sepasrahnya.

itu baru part kena cucuk. pukul 12 lebih kalau tak silap ika doktor pecahkan air ketuban ika. doktor bagi masa 4 jam untuk check bukaan ika. masa awal tu bukaan baru 3cm. yang diorang main seluk check bukaan tu ika tak rasa sakit sangat. bila dah pecahkan air ketuban tu barulah rasa air ketuban tu keluar elok je. lepastu bermulalah contraction 15minit sekali, 10minit sekali dan 5minit sekali.

masuk jam ke 3. contraction ika dah mula 5minit sekali. sakit contraction. Allahu. tak tergambar dengan kata-kata. ika mintak nurse panggil suami ika masuk. ika dahaga sangat dah masa tu sampai bibir ika kering sangat. mintak izin nak minum air tapi diorang tak bagi. lastnya, nurse bagi minum air ape ika pon tak sure dalam botol kecik-kecik comel camtu. walaupun tak banyak tapi cukuplah untuk ika. bersyukurlah.

dalam masa 4jam lebih tu, kiri kanan ika penuh mesin. mesin check tekanan darah for sure la ade sebab ika masuk situ pon sebab tekanan darah ika tinggi. then, diorang check jantung ika. bacaan tu pon tak berape cantik. bila ika fikir balik, banyak masalah ika nie ye. hahahahaha ! tekanan darah ika tu setiap 15minit nurse akan datang check. memang ika tak kesunyian pon dalam bilik tu. nurse dan doktor keluar masuk sepanjang masa. hikss

doktor bagi masa 4jam untuk bagi peluang ika bersalin normal. kalau masih takde bukaan, makanya kenalah operate sebab air ketuban pon dah makin berkurang. masa contraction, nasib baiklah suami ika ada. dialah yang jadi mangsa tempat ika menahan sakit. habis dicengkam lengan dia. sakit sangattttt.

akhirnya pukul 4pagi lebih, doktor check bukaan baru 4cm, makanya doktor decide untuk emergency operate. nak selamatkan baby dan ika yang masa tu pon dah tak boleh bernafas. lagipon ika ada bronchial asthma. doktor mintak sign surat ape pon ika dah tak tahu sebab masa tu memang sakit contraction tu kuat sangat tapi sign jugaklah walaupun dah takde rupa sign. kahkahkah ! masa nie, suami ika masih di sisi temankan ika. sayu je tengok muka dia.


nanti ika sambung lagi ye. ika sambung cerita dalam OT pulak. hikss. lepastu dah habis :P
Read More

Pengalaman Bersalin | Part I

entry kali nie ika nak share pengalaman ika melahirkan anak ika yang pertama. pengalaman paling berharga haruslah dicoret untuk dijadikan kenangan. walaupun dah 3bulan berlalu tapi nak share jugak dengan korang. lagipon ini pengalaman pertama ika.

13 Jun 2017 (Selasa)

ika pegi keje macam biasa dah start pukul 9pagi ika meneruskan rutin ika macam biasa iaitu start kira pergerakan baby. biasanya baby ika nie pukul 3-4petang macam tu dah cukup kiraan 10 pergerakan tapi malangnya tidak pada hari tu. kebiasaannya ika akan pasang surah-surah amalan sepanjang mengandung dan baby akan kick. tapi haritu baby sangat tidak aktif.

ika decide untuk tunggu sampai suami ika amik ika balik ika dalam lebih kurang pukul 6.00petang camtu la. lepastu kitorang terus ke Hospital Ipoh. jarak ofis ika ke hospital tak jauh pon. lagi pulak masa tu ika tak rasa sakit ape pon. baby sahaja yang tak aktif. pukul 6petang pon baby masih belum cukup 10pergerakan.

sampai je kat Dewan Bersalin, ika terus p daftar kat kaunter dan bagitahu la kat diorang yang baby ika tak cukup pergerakan. masa tu ika dah 37minggu. lepastu nurse kat situ terus bagitahu doktor dan terus diorang check ika. doktor bagitahu yang air ketuban ika dah berkurang. seriously ika memang tak tahu bila masa air ketuban tu keluar. mungkin dia keluar sikit-sikit sebabtu tak perasaan. makanya, doktor suruh admit wad sebab esoknya diorang nak induce ika untuk bagi bersalin.

ika bagitahu la kat suami suruh pegi daftarkan ika untuk masuk wad malam tu. sementara suami ika pegi daftar wad tu, doktor cucuk jarum a.k.a branula kat tangan nie. ika dapat malam tu yang warna hijau tu. perghhh. cucuk kat tangan belah kanan. lepas dah kena cucuk jarum tu, ika cuba la buat cubaan pergi merayau rayau cari suami ika konon nak mengadu la sakit kena cucuk. kahkahkah ! tapi memang dah nangis pon masa kena cucuk tu. doktor yang cucuk tu siap bagi semangat. nice doktor ! ^^



then, nurse panggil nama ika untuk masuk wad. sebelum nak check in wad tu, nurse check tekanan darah ika. disebabkan ika baru je lepas kena cucuk jarum dan ika nie pulak sejenis yang mudah gelabah, tekanan darah naik sampai 189 yang atas. masa tu suami ika ada sekali temankan ika kononnya nak pegi masuk wad dah la masa tu. hahahaha ! suami ika punyalah terkejut tengok tekanan darah tu. dengan nurse sekali pon terkejut. hahahahaha ! diorang suruh bertenang. memang tak boleh nak bertenang dah sebab fikir nak bersalin ohoiii walaupun masa tu sakit nak bersalin takde pon lagi.

makanya ika tak sempat masuk wad pon malam tu. terus ditolaknya ika ke dalam Dewan Bersalin tu. kat dalam tu ada 2-3 bilik kalau tak silap ika. macam bilik pemantauan. ika panggil bilik orang kritikal. kahkahkah ! bila ingat balik seram jugak bilik tu sebab ade macam macam mesin, macam macam bunyi, doktor sampai 4-5 orang. nurse lagi. hehehehe. lebih kurang pukul 12 malam bermulalah episod proses kelahiran baby ika nie . .


nanti ika sambung part II pulak ehh. macam panjang sangat pulak. hahahahahaha ! tabahlah ye. kalau rajin, bacalah :P
Read More

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2017



selamat menyambut Hari Malaysia buat semua pembaca blog tersayang. Hari Malaysia jatuh pada hari Sabtu maka memang cuti la kan. enjoy your weekend guys ! ^^
Read More

Pureen Foldable Bottle & Nipple Cleaning Brush | Shopee

sebelum nie ika share Pureen Drying Rack. so, kali nie ika nak share Pureen Foldable Bottle & Nipple Cleaning Brush. dan benda alah nie pon sangat penting untuk ibu ibu yang ada anak ye. dulu sebelum ada baby, ika tak amik port sangat benda benda macam nie. tapi bila dah jadi ibu, semua benda kena amik dan perlu tahu.

macam biasa, ika shopping di Shopee Pureen Malaysia. korang boleh klik sini, https://shopee.com.my/pureenmalaysia. untuk tengok produk yang ika beli tu, boleh klik sini, https://shopee.com.my/product/16532375/187222250/. ika beli dengan harga RM9.09 . bagi ika harga dia ok la untuk ika yang malas nak pegi beli kat kedai. hehehe


setakat nie ika pakai Alhamdulillah ok. ika suka berus dia sebab lembut. senang nak sental dan tak merosakkan botol susu, puting dan semua alah yang berkaitan.

Happy Shopping korang !

Read More

Multi-Purpose Layer Home Storage Rack Shelf - 3 Layer | Lazada (UPDATE)

ika penah share dengan korang sebelum nie barang yang ika beli nie iaitu Multi-Purpose Layer Home Storage Rack Shelf - 3 Layer. barang nie ika beli kat Lazada. korang boleh baca kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2017/05/multi-purpose-layer-home-storage-rack.html. sekarang ika nak update balik berkenaan barang tu sebab ika dah pakai dah. heee


masa pantang yang lepas, ika berpantang rumah mak mertua. makanye benda nie tak pakai sangat. pakai just untuk letak barang camtu je lah. itupon letak kat satu tempat je. takde gerak gerak ke hape. balik rumah ika kat Ipoh, barulah ika praktikkan benda alah nie. ika susun semua barang-barang baby ika. disebabkan ika nie jenis yang duduk merata, ika heret la storage rack nie merata. hahahaha !

kalau rasa nak dok kat ruang tamu, ika heret ke ruang tamu. kalau tibe-tibe rasa nak dok dalam bilik, heret masuk bilik pulak. sangat memudahkan keje ika untuk tukar lampin baby atau ape saje lah berkaitan baby. ika tak payah dh nak angkut barang-barang dia letak satu tempat untuk siapkan baby. sangat recommended :)
Read More

Pureen Drying Rack | Shopee

hari nie ika nak share dengan korang satu lagi barang sikecik kesayangan ika tu. kali nie ika beli Pureen Drying Rack pulak. ika beli dekat Shopee. korang boleh try tengok kat Pureen Malaysia. boleh tekan link nie https://shopee.com.my/pureenmalaysia. kalau nak tengok barang yang ika beli tu, boleh klik link nie, https://shopee.com.my/product/16532375/187222412/ . sementara stok masih ada. ika beli Drying Rack nie dengan harga RM14.03.



seriously drying rack nie sangatlah berguna. walaupun botol susu sikecik tu ika beli seketul je, tapi ika punya storage bottle pulak yang banyak. makanya benda nie sangatlah penting dan berguna sekali ye. heee




Read More

90 Hari Sudah Berlalu


hari nie ika dah mula kerja selepas bercuti selama 90 hari. cuti bersalin ohoii. terasa kejap je masa berlalu. dh masuk 3bulan sikecik tu. itu lah antara sebab kenapa blog nie sunyi sepi tak berupdate. tuannye dalam tempoh berpantang dan kalau kat rumah sangat sibuk dengan sikecik tu. laptop pulak kena Trojan. perghhhh! taktahu nak sedih ke gembira. hahahaha

masuk keje hari nie terus kena masuk meeting. tabah la ika. dan hari nie jugaklah first time ika tinggal sikecik tu. kalau ikutkan pernah dah sekali tinggal dia sebab ika warded. satu malam jugakla tinggal dia. masa tu baru 8hari lahirkan dia.

sekarang bermulalah rutin macam dulu. pegi keje dan balik keje cuma beza balik keje kali nie ade orang sambut. hahaha ! tak sabar nak balik keje setiap hari sebab ade sikecik yang sambut.

Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com