Perkenalan

entry kali nie nak cerita macam mana ika kenal suami ika nie. selepas setahun lebih kahwin baru nak bercerita ye ika. maaf sangat sebab entry nie panjang berjela. saje nak buat kenangan. hahahahaha ! 

ika dan suami nie sebenarnya kawan satu PLKN tapi ika tak tahu pon suami ika nie satu PLKN dengan ika sampailah kawan kitorang buat group whatsapp. kat dalam group tu semua compeni ada, Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. ika nie group Charlie dan suami ika pulak group Alpha. 

ika masa kat PLKN memang jenis yang tak banyak cakap. ika kawan pon dengan ahli group ika je sebab ika memang jenis pemalu. ewahhhh. oh ye ! tahun 2012, suami ika pernah hantar chat kat Facebook. lepas tu dua-dua senyap. hahahahaha !

masa bujang dulu, bila hujung minggu je ika akan balik rumah mak saudara ika kat Kuala Lumpur. boleh dikatakan setiap minggu jugakla ika ke sana sebab kat Ipoh mana ada sape. hehehehe. lagipon takut nak dok kuarters sorang-sorang. kahkahkah ! so, kawan PLKN kitorang, Ariep ajak jumpa la yang mana ade kat KL masa tu. suami ika masa tu keje kat Gombak. set hari dan masa, maka berjumpa lah kami buat pertama kalinya.

kitorang jumpa buat pertama kalinya di Stesen LRT Hang Tuah. hahahaha ! sebabnya kitorang nak tunggu lagi dua orang kawan PLKN kitorang. sementara tunggu, kitorang lepak kat Berjaya Times Square. entry boleh baca kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2014/12/selepas-6-tahun.html.


gambar kat atas nie diambil secara curi-curi oleh bakal suamiku yang mana masa tu kawan je. hahahahaha ! sementara tunggu kawan kitorang tu, sempat la kitorang nie dating walaupun masa tu takdak ape pon. hanya sekadar kawan. dah la masa PLKN pon tak kenal. selepas 6 tahun habis PLKN baru tahu dia satu PLKN dengan ika. segan ? jangan cakap la. memang segan sungguh. yang nie semua berlaku bulan Disember 2014.

then, bulan Januari 2015, kitorang keluar lagi bertiga. kali nie dengan Ariep. jalan-jalan mengisi masa lapang kat Mid Valley. entry boleh baca kat sini, http://www.nooratikahramli.com/2015/01/3-sekawan.html. dan masa kat sini, kitorang dah mula rapat sebenarnya cuma takde la sampai tahap nak bercinta bagai tu.


bulan Februari 2015, suami bagitahu yang dia nak jadikan ika isteri dia. siap tunjuk dah gambar kat mak dia. hahaha ! terkejut ohoiii. baru je kenal beberapa bulan walaupun PLKN dah 6 tahun tapi kenal yang betul-betul tak sampai dua bulan pon masa tu. ika tak tahu nak respond macam mana. tapi ika bagitahu la family ika jugak. so, cuti Tahun Baru Cina 2015, dia bawak ika balik rumah family dia di Semanggol untuk pertama kalinya.

masa kat sana, kitorang bincang la tarikh untuk bertunang. kami decide untuk bertunang hari raya puasa yang ketiga tapi disebabkan sebelah family ika ada kenduri masa raya ke 3 tu, kitorang tukar kepada cuti sekolah bulan Jun 2015. bila pulak suami ika jumpa family ika ? heeeee. ika bawak dia balik Kota Bharu pada bulan April 2015. bulan Jun 2015 kitorang tunang.

seriously kami takde la bercinta. sebab perkenalan singkat. dia jumpa ika buat pertama kali. then, terus cakap nak jadikan isteri. Allah SWT permudahkan segala urusan kami. tak sempat nak bercinta cintun. hahahahaha ! kadang-kadang terfikir jugak betul ke keputusan yang ika buat tu.

Disember 2014 - first time jumpa
Januari 2015 - second time jumpa
Februari 2015 - ika ke rumah family suami
April 2015 - suami ke rumah family ika
Jun 2015 - majlis pertunangan
November 2015 - majlis perkahwinan

ika pernah la tanya suami ika nie kenapa pilih ika. jawapan dia senang je. JODOH. hahahaha ! dia selalu cakap yang semua benda yang kita rancang, Allah SWT permudahkan. itulah nama dia jodoh. bercinta bertahun-tahun pon kalau bukan jodoh, tetap tak bersama. kadang ika sendiri pon tak sangka, jodoh ika dah lama ika jumpa di PLKN cuma masa tu ika tak nampak. hehehe. Alhamdulillah untuk PERKENALAN ini ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com