Beli Rumah ?

bulan Januari yang lepas, ika ada lah buat permohonan untuk beli rumah. rumah di Ipoh. itu pon selepas google dan cari kat beberapa tempat. then, terjumpa la rumah baru yang dalam proses untuk dibina nie. jarak rumah nie dengan rumah sewa ika sekarang takde la jauh mana. dan suami ika pon setuju je ika beli rumah nie. akhirnya ika call perunding jualan tu dan dia datang dari Kuala Lumpur semata untuk uruskan permohonan ika nie.

ika pon isi la segala bagai borang yang dia bawak. seriously masa isi tu macam-macam rasa ada. takut pon ade. dengan takde pengalaman beli rumah, dengan tak tahu perunding jualan nie betul ke tipu. hahahaha ! tawakal saje lah masa tu.



masa ika buat permohonan nie, tapak rumah pon memang takde. ika dan suami try jugak cari ikut pelan yang diorang bagi tu tapi tak jumpa pon. rumah contoh pon takde. tapi kami tawakal jugak lah lagi. disebabkan takde pape bayaran, kami decide untuk tunggu dengan sabar. sabar lah sangat ika nie :P



beberapa bulan lepas ika isi borang tu, perunding jualan senyap dan ika pon senyap. elok sangat lah kan dua-dua senyap. kahkahkah ! suami ika ada jugak tanya pasal projek tu tapi ika malas nak amik port. ika just suruh tunggu. lastnya ada jugaklah ika tanya perkembangan pasal projek rumah tu. nasib la perunding jualan tu balas whatsapp. risau jugak lah kan.


disebabkan ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, projek rumah tu lambat start. itulah ceritanya. masuk bulan Mei, ika dah start cari rumah lain untuk dibeli sebab ika macam tak tahu projek rumah tu jadi ke tak. ada la ika apply kat beberapa laman web projek rumah nie dan dah ade pon yang permohonan ika tu diluluskan. ika cuma perlu terima dan proceed dengan loan rumah. hehehehe

Alhamdulillah, belum sempat pon ika terima tawaran tu, perunding jualan dah whatsapp ika pasal projek rumah tu. nasib baik ! hahahahahaha



ika dah target untuk dapatkan sebuah rumah sebelum umur ika masuk 30 tahun. kenape ? sebab nya nak habiskan bayar rumah tu sebelum mula berpencen. InshaAllah sekiranya diberi kesempatan bernafas dan panjang umur. so, boleh la pencen dengan senang hati. kalau boleh, sebelum pencen tu, semua hutang dah habis bayar. hehehehe :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com