Pregnant ! | Minggu 37


Minggu 37

Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

Tubuh Anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.

done check up di minggu ke 37. ika dah start check up setiap minggu dah sebab dah masuk trimester ketiga. bila-bila masa dah boleh bersalin. untuk minggu ke 37 nie ika check up di Klinik Desa. Alhamdulillah semua ok kecuali ika yang tiba-tiba demam. tabah la ika. dengan selesema bagai. nurse dah risau kot nanti kena asthma attack. harap dijauhkan la dah hujung-hujung nie.

dan nurse yang pantau ika tu ada bagitahu yang ika tak boleh bersalin lebih dari tarikh due ika iaitu pada 27 Jun nanti sebab ika ada kencing manis masa mengandung dan ika ada bronchial asthma. so, kalau baby taknak keluar jugak lagi sebelum 27 Jun tu, maka operate lah ika. wuwuwuwu. doakan dipermudahkan urusan ika ye kawan-kawan. risau pon ada jugak dah nie >.<

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com