Neerja Bhanot

asyik dok share beli barang online je kan? kali nie ika nak share satu movie yang bagi ika sangat best untuk korang tengok. movie nie dah lama dan berkisarkan kisah benar. ika memang suka tengok movie ataupun drama yang berkisarkan kisah benar. heeeee.

kali nie ika tengok movie yang bertajuk Neerja. mesti korang tertanya-tanya siapa Neerja nie ? meh la ika share sikit Neerja nie siapa. kat bawah nie gambar Neerja yang betul. yang berlakon jadi Neerja satgi ika tunjuk gambar dia ye :P


Name : Neerja Bhanot
Born : 7 September 1963, Chandigarh, India
Died : 5 September 1986, Karachi, Sindh, Pakistan
Nationality : Indian
Occupation : Purser, Model
Known For : Pan Am Flight 73

Neerja Bhanot nie adalah seorang pramugari dan jugak seorang model sambilan. masa kejadian rampasan kapal terbang tu, Neerja adalah ketua pramugari untuk penerbangan masa tu. penerbangan tu dihijacked ataupun dirampas oleh pengganas di Lapangan Terbang Karachi, Pakistan.

kalau korang tengok movie Neerja nie, korang akan mengalirkan air mata. serius ika cakap. ika dah bape kali ulang pon dok teriak jugak. hehehehe. pengorbanan seorang pramugari yang sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi memastikan penumpang yang lain selamat.


kat atas nie gambar belah kiri tu yang berlakon jadi Neerja dalam movie. kalau korang sekali tengok macam lebih kurang je kan muka diorang. nama dia Sonam Kapoor. Sonam Kapoor nie anak kepada Anil Kapoor. hahahaahaha ! ika nie memang suka tengok citer hindustan :P

kalau korang nak baca pasal Neerja nie, boleh klik sini, https://en.wikipedia.org/wiki/Neerja_Bhanot dan sini jugak, http://www.peppystory.com/articles/10-lesser-known-facts-about-heroine-of-hijack-neerja-bhanot-3974. lepastu korang try la ye cari movie Neerja nie. ika ade je share kat bawah tapi in case tak dapat tengok, korang carilah sendiri nanti :P


movie Neerja nie tersangatlah best untuk ditonton. korang akan terbayang macam mana kalau korang pon ade dalam flight tu masa kena hijacked. mesti menggelabah. kesian tengok lepas sorang-sorang mati kena tembak. pengganas pon buat kita sakit hati je kat diorang. takde perikemanusiaan langsung kat orang tua, ibu mengandung dan kanak-kanak. kesian sangat bila tengok.

pape pon, cubalah korang tengok movie Neerja nie :)

1 comment:

  1. Dah pernah tengok dulu 😄 Tapi sedihlah, lagi2 ni kisah benar. Tabik dengan keberanian Neerja. Ketua pramugari yang sangat bertanggungjawab 👍👍👍

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com