Nak Beli Rumah ?

life goals ika adalah sebelum masuk umur 30 tahun, ika nak dapatkan sebijik rumah. sebijik. hehehe. nak dua bijik belum mampu. nak dapatkan sebijik pon bukan senang. orang cakap bila keje gov nie senang nak buat loan, senang nak beli rumah, senang nak itu, senang nak ini. tapi ika rasa tak senang pon. sama je sebenarnya.

bulan April yang lepas, keluar lagi satu isu berkenaan potongan dalam slip gaji. for sure ika pon terkena tempias. dalam masa ika tengah berkira-kira nak beli sebijik rumah, keluar pulak isu macam nie. down terus. hahahaahaha ! ye lah. gaji ika bukan besar mana pon. bila gov dah hadkan sampai 60% sahaja potongan dalam slip gaji, yang lebihnya kena bayar sendiri, memang susah la.


nak bayar untuk rumah pon dah berapa ratus. rasanya adalah dalam 1k untuk rumah saje. memang 60% tu habis untuk rumah sahaja lah. hahahahaha ! udah la sekarang pon ika memang ada potongan dalam slip gaji. mana taknya. potongan ptptn ohoii. macam mana la nak dapatkan rumah nie. sekarang dah 27 tahun. ada lah lagi 3 tahun kena usaha dapatkan sebijik rumah :P

dalam pada nak dapatkan rumah nie, ika selalu la masuk 3 laman web nie. ada jugak yang ika isi. yang ika selalu isi adalah PPA1M. dah 3 kali isi, tiga-tiga tu memang ditawarkan tapi terpaksa tolak. heeee




pape pon, doakan ika dan suami berjaya lah ye dapat sebijik rumah. InshaAllah ada rezeki kami suami isteri nanti. bila ada rumah sendiri barulah seronok nak deko-deko rumah. tak sabar sebenarnya nak dok rumah sendiri. hehehe. tambah pulak tak lama dah nak dapat baby. mudah-mudahan ada la rezeki kami.

2 comments:

  1. Saya sebelum kahwin dah plan beli rumah.. Setahun kahwin dah boleh sewa beli.. Rumah

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan...insyaAllah...sama la kita

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com