Nabaa

hari nie ika nak share dengan korang nama bakal baby ika nanti. nie nama depan sahaja. hehehe. kami decide untuk tak nak letak nama Nur, Nurul, Siti, Muhammad kat bahagian depan nama tu. kami akan bagi nama Nabaa kat bahagian depan nama baby. nama Nabaa nie nanti akan digabungkan pulak dengan huruf A dan B. A mewakili nama ika iaitu Atikah dan B pulak nama suami ika iaitu Baharudin.

kitorang belum decide lagi nak bagi nama Nabaa ape untuk huruf A dan B tu. just tunggu baby keluar nanti. hehehehe. Nabaa nie kalau korang perasan adalah nama salah satu surah dalam Al Quran iaitu Surah An-Naba yang bermaksud Berita-Berita. ika ada terjumpa maksud Naba nie iaitu Berita Baik ataupun Berita Gembira.


then, kitorang decide untuk pakai nama Nabaa nie sesuai dengan maksudnya iaitu berita baik. sesungguhnya kehadiran baby ini adalah berita baik dan berita gembira buat ika dan suami yang menunggu hampir setahun untuk dapatkan cahaya mata.  kebetulan nama Nabaa nie singkatan untuk nama ika dan suami iaitu NA adalah Noor Atikah dan BA adalah untuk Baharudin. ika just tambah BAA sebab kawan-kawan suami panggil dia Ba'a . hehehehe

doakan untuk ika dan suami ye. semoga tercapai impian kami untuk dapat baby. semoga baby nie lahir dengan selamat. Inshaallah. doakan untuk ika dipermudahkan urusan bersalin nanti >.<

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com