Lady Women Bifold Purse | Lazada

ika shopping online untuk kesekian kalinya. sebenarnya barang nie dah lama ika beli. awal bulan Mei lagi. sampai pon tengah bulan Mei. maklum la barang dari China. lambat la sikit dia belayar di lautan. hahahaha ! disebabkan beg duit ika memang dah rosak, makanya kita beli la beg baru. dah suruh suami baiki, tapi lama bebenor dia nak baikinya. lastnya isteri dia beli je online :P

kali nie ika beli Lady Women Bifold Purse di Lazada. korang nak tengok barang yang ika beli nie kat Lazada, boleh klik sini, https://www.lazada.com.my/lady-women-bifold-purse-clutch-wallet-small-bag-card-holder-qualityhandbag-black-16415396.html sementara stok masih ada.




purse yang ika beli nie ada banyak warna tapi ika beli yang warna Hitam. ada warna Biru, Hijau, Kelabu dan jugak Pink. purse nie 100% Brand New High Quality ye. hehehehe. saiz dia 21.5cm x 12cm x 2cm. material dia pulak adalah PU Leather. purse nie ada 17 tempat korang boleh letak kad. 17 ye. banyak kan ?

ika beli purse nie dengan harga RM40. bagi ika ok la harga tu sebab purse nie elok. banyak tempat ika boleh sumbat kad. pastu saiz dia tak besar dan tak kecik. memang elok-elok je mengikut ape yang ika nak. sebab ika tak suka purse yang besaqqq. sangat tak suka. cerita di sebalik beli purse nie adalah dah bayar baru perasan yang purse nie barang dari China. hahahaha ! maka, menunggu la ika :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com