Ketagih Nasi Vanggey

sepanjang mengandung, ika sangatlah ketagih dengan nasi vanggey. kalau ikutkan, sebelum mengandung, ika memang tak suka makan nasi vanggey ataupun makan kat kedai mamak. tapi sepanjang mengandung nie, dah bape kali entah p hadap makan nasi vanggey. hahahahahahaha !


awal mengandung, asyik dok singgah makan megi goreng kat kedai mamak. pastu mula ketagih nasi vanggey. malam pon ada jugak ika p kedai nasi vanggey nie. nasib la suami ika layan je ika nak makan nasi vanggey. jarak dari rumah nak ke kedai nasi vanggey tu bukan dekat. macam nak pegi ofis. hahahahahaha !

kalau rasa nak sangat makan nasi vanggey nie waktu keje, ika sanggup mintak tolong kawan ofis belikan. kejam tak ? hehehehe. nasib la diorang pon sanggup je p beli kat makyong nie. entah kenapa rasa bila makan nasi vanggey nie, puas hati sangat ohoiii ! kadang tu bukan ika tahu pon diorang beli nasi vanggey kat mana. ye la, kat Ipoh nie kedai nasi vanggey bukan seketul. banyak ketul kedainya.

tengok la nanti lepas dah bersalin, ade lagi tak ketagihan nie. hehehehe. sebab setengah orang tu, benda yang dia tak suka, masa mengandung tu la dia suka. ermm, kita tengok nanti macam mana :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com